fbpx

[Terkini] Prasarana Sahkan Terdapat Insiden Kemalangan LRT Laluan Kelana Jaya Berhampiran Stesen Kg Baru

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sejak malam tadi tular di media sosial beberapa foto dan video yang mendakwa terdapat kemalangan membabitkan tren Transit aliran ringan (LRT) di laluan Kelana Jaya yang dipercayai membrek secara mengejut.

Pemilik aset dan pengendali perhidmatan pengangkutan itu, Prasarana Berhad menerusi laman Twitter kemudiannya memuat naik satu kenyataan mengesahkan perkara berkenaaan memaklumkan terdapat perlanggan membabitkan dua tren.

Menurut Pengurus Kanan (Komunikasi dan Hal Ehwal Media) Prasarana, Azhar Ghazali, berkata dua perkhidmatan LRT yang terlibat ialah tren bernombor 40 dan 81 itu terlibat dalam satu insiden.

“Pasukan kami sedang menguruskan bantuan dan kerja-kerja menyelamat sekarang. Sila bertenang dan patuhi segala arahan.

Babitkan satu tren kosong dan satu lagi bawa penumpang

Dalam satu lagi perkembangan, Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa dalam satu kenyataan memaklumkan hasil laporan awal mendapai tren yang terlibat adalah sebuah tren membawa penumpang manakala satu lagi tren kosong.

Jelasnya kejadian berlaku di laluan bawah tanah KLCC.

Kejadian tersebut menyebabkan beberapa penumpang dilaporkan cedera namun setakat ini tiada kematian yang dilaporkan. Apa-apa pun sama-sama kita tunggu laporan penuh mengenai kejadian berkenaan.

Sementara ini tonton video live oleh Bernama di bawah :

Video live oleh Bernama :

“Para penumpang diminta bertenang dan mengikuti arahan selanjutnya,” katanya menerusi kenytaan itu lagi.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.