fbpx
Now Reading
Perkhidmatan Tajuddin Sebagai Pengerusi Prasarana Ditamatkan Serta Merta

Perkhidmatan Tajuddin Sebagai Pengerusi Prasarana Ditamatkan Serta Merta

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Kerajaan hari ini menamatkan perkhidmatan Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman sebagai Pengerusi Prasarana Malaysia Bhd serta-merta.

Menurut laporan Berita Harian, perkara tersebut disahkan jurucakap dari pihak Kementerian Kewangan(MOF).

Ianya sekaligus menjawab tanda-tanya orang ramai selepas tular di media sosial satu surat dari MOF bertarikh 26 Mei yang dialamatkan ke Ahli Parlimen Pasir Salak tersebut mengenai penamatan perkhidmatannya yang turut ditandatangani Menteri Kewangan Tengku Zafrul Abdul Aziz.

“Dimaklumkan bahawa Menteri Kewangan telah bersetuju agar perkhidmatan Datuk Seri sebagai Pengerusi Bukan Eksekutif Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) ditamatkan berkuasa kuasa serta-merta.

“Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk merakam setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih atas perkhidmatan dan sumbangan yang telah Datuk Seri berikan kepada Prasarana sepanjang menjadi Pengerusi Bukan Eksekutif syarikat,” demikian menurut surat tersebut, hari ini.

Meskipun tidak memaklumkan punca perkhidmatan Tajuddin ditamatkan, ianya dilihat berkait rapat dengan desakan dari ramai rakyat Malaysua yang mahukan bekas Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani untuk meletakkan jawatan ekoran kegagalan dan sikap kurang profesionalnya semasa mengendalikan sidang media mengenai insiden LRT baru-baru ini.

Malah petisyen online yang mahukan beliau meletakkan jawatan yang baru dilancarkan tidak sampai 24 jam berjaya mengumpulkan lebih 130,000 tandatangan.

Sebagai rekod, Tajuddin dilantik sebagai Pengerusi Prasarana berkuatkuasa 11 Mei 2020 selepas bekas Hakim Besar Malaya, Tan Sri Zaharah Ibrahim meletakkan jawatan sebagai Pengerusi Prasarana pada 7 Mei 2020.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.