Sejak semalam nama Pengerusi Prasarana Malaysia Berhad, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman hangat diperkatakan di media sosial sejurus selesai sidang media berhubung tragedi perlanggaran tren Transit Aliran Ringan (LRT) membabitkan dua trennya dua hari lalu.
Namun isu yang timbul bukanlah berkait dengan tragedi LRT berkenaan, sebaliknya membabitkan beberapa perkara berbeza iaitu cara beliau menjawab pertanyaan media yang disifatkan tidak profesional dan isu terhangat iaitu dilihat hanya menggunakan face shield tanpa penggunaan face mask sewaktu sedang melangsungkan sidang media.
Isu tersebut menyebabkan ramai netizen mula mempersoalkan tindakan beliau yang dilihat telah melanggar SOP yang ditetapkan MKN dalam mengekang penularan wabak Covid-19.
Terbaru Polis difahamkan sudah mula menjalankan siasatan terhadap Tajuddin yang juga Ahli Parlimen Pasir Salak berhubung dakwaan berkenaan selepas penularan video berkenaan.
Menurut Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abidin Abdullah, siasatan mengenai pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilakukan Tajuddin sudah dimulakan pada hari sama.
“Siasatan dijalankan ke atas video yang tular di media sosial menunjukkan Tajuddin tidak memakai pelitup muka ketika mengadakan sidang media selepas selesai meninjau lokasi insiden kemalangan membabitkan tren di Stesen LRT Kuala Lumpur” katanya dalam satu kenyataan.
Tambahnya lagi semua pihak yang terbabit dalam kes berkenaan akan dipanggil ke Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi untuk diambil keterangan dalam masa terdekat.
“Semua mereka yang terbabit dalam kes itu akan dipanggil ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi untuk memberi keterangan dalam tempoh terdekat,” katanya lagi.
Menurut wartawan sukan, T Avineshwaran, Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) memandang serius perkara ini…
Fasa pertama KLIH dijangka siap pada suku kedua 2026, dan bakal dibuka pada suku ketiga…
Wanita itu sebelum ini berjaya mendapat pengisytiharan bahawa dia bukan beragama Islam setelah memfailkan saman…
Prestasi Malaysia dalam Indeks Kebebasan Media Dunia 2024 menunjukkan penurunan dari 62.83 mata kepada 52.07…
Menerusi tangkap layar dikongsi pendakwah bebas itu, kelihatan seorang perempuan berjalan bersebelahan sekumpulan lelaki bagi…
Menurut KPD Klang Utara, kedua-dua mereka bukan warganegara, tetapi mempunyai dokumen perjalanan yang sah.