fbpx
Now Reading
Isu Langgar Sop Di Majlis Tahnik, Siti Nurhaliza, UAI & Ustaz Don Antara Yang Dikompaun

Isu Langgar Sop Di Majlis Tahnik, Siti Nurhaliza, UAI & Ustaz Don Antara Yang Dikompaun

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Jika anda ingat sekitar awal Mei lalu, tular di media sosial foto-foto mengenai majlis tahnik yang diadakan penyanyi no 1 negara Datuk Seri Siti Nurhaliza selepas melahirkan anak keduanya, Muhammad Afwa yang didakwa melanggar SOP.

Malah isu tersebut turut menjadi tumpuan ramai apabila beberapa  individu ternama yang hadir di majlis berkenaan di dakwa telah merentas negeri semata-mata untuk menghadiri majlis tersebut.

Tokti kemudiannya tampil memohon maaf kepada orang ramai dan menjelaskan tiada perlanggaran SOP sewaktu majlis berkenaan diadakan selain tiada aktiviti rentas negeri yang berlaku.

Polis bagaimanapun kemudiannya membuka siasatan berhubung isu berkenaan dan memanggil beliau dan suaminya Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa atau lebih dikenali sebagai Datuk K selaku penganjur untuk diambil keterangan.

Dikompaun RM 10,000 setiap seorang

Terbaharu hari ini, kedua mereka masing-masing dikenalkan kompaun RM10,000 kerana didapati gagal mematuhi SOP sewaktu majlis tersebut berlangsung.

Menteri & Penceramah terkenal turut dikompaun

Menurut Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed, selain pasangan tersebut, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri dan penceramah Ustaz Azhar Idrus, Ustaz Don Daniyal dan Ustaz Iqbal turut dikenakan kompaun sebanyak RM2,000 setiap seorang.

Malah difahamkan tiga anak Datuk K turut dikenakan kompaun berkenaan.

“Tiga anak Khalid turut dikenakan kompaun sebanyak RM2,000 setiap seorang,” katanya pada sidang media melalui Google Meet pada Khamis.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.