fbpx
Now Reading
Kanak-Kanak Perempuan Parah, Dilanggar SUV Sewaktu Melintas Jalan Raya [Video]

Kanak-Kanak Perempuan Parah, Dilanggar SUV Sewaktu Melintas Jalan Raya [Video]

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Malang tidak berbau. Itulah ungkapan paling sesuai untuk menggambarkan situasi seorang kanak-kanak yang dirempuh sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) sewaktu melintas jalan raya.

Menerusi laporan BH Online, kemalangan itu melibatkan seorang wanita berusia 21 tahun terlanggar kanak-kanak yang melintas jalan raya secara tiba-tiba.

Kejadian itu difahamkan berlaku di Sungai Udang, Klang.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli, berkata dalam kemalangan jam 5.45 petang itu, pemandu tersebut sedang dalam perjalanan pulang dari tempat kerja ke rumahnya di kampung sama.

“Ketika kejadian, wanita terbabit dalam perjalanan pulang dari tempat kerja ke rumah di kampung sama.

“Mangsa dikatakan pada mulanya berada di tepi jalan tetapi tiba-tiba melintas secara melulu.

“Keadaan itu menyebabkan pemandu terbabit dipercayai tidak sempat mengelak lalu terlanggar mangsa kerana jarak terlalu dekat, walaupun telah cuba menekan brek kecemasan.”

Foto: BH Online

Kanak-kanak yang tidak sedarkan diri itu kini sedang dirawat di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR).

Semoga kanak-kanak itu kembali sembuh seperti sediakala. Juga diharapkan ibu bapa dapat memberi lebih perhatian terhadap anak-anak terutamanya yang masih kecil untuk sentiasa berhati-hati di jalan raya.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.