fbpx
Now Reading
Gardenia Sahkan 6 Produk Keluaran Mereka Naik Harga Bermula 1 Jun, Tapi Harga Roti Kekal

Gardenia Sahkan 6 Produk Keluaran Mereka Naik Harga Bermula 1 Jun, Tapi Harga Roti Kekal

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Gardenia Bakeries (KL) Sdn Bhd (GBKL) hari ini mengesahkan enam produk keluaran mereka akan mengalami kenaikan harga berkuatkuasa 1 Jun ini.

Mereka dalam satu kenyatan menjelaskan enam produk yang dimaksudkan adalah dari produk sapuan(spread) yang terdiri dari :

#1 Gardenia Delicia Hazelnut Chocolate Spread (200g)
#2 Gardenia Delicia Hazelnut Chocolate Spread (375g);
#3 Gardenia Delicia Milky Chocolate Spread (200g);
#4 Gardenia Delicia Milky Chocolate Spread (375g)
#5 Gardenia Auntie Rosie – Original Homestyle Kaya (200g)
#6 Gardenia Auntie Rosie – Natural Pandan Kaya (200g).


Menurut GBKL lagi, perubahan harga ini disebabkan peningkatan kos yang terpaksa ditanggung syarikat.

“Sepanjang beberapa tahun kebelakangan ini, GBKL telah mengalami kenaikan kos luar biasa dari segi kos pembuatan dan kos bahan mentah yang berada di luar kawalan pihak syarikat.

“Selama ini GBKL menyerap kos kenaikan tersebut dan kini GBKL tidak mempunyai alternatif lain kecuali untuk melaksanakan semakan semula harga produk-produk Gardenia terpilih yang akan berkuatkuasa mulai 1 Jun 2021,” tulis pada kenyataan tersebut.

Tiada kenaikan pada harga roti

Tiada kenaikan pada produk laik termasuk roti mereka

Namun kenaikan ini tidak akan memberikan apa-apa kesan kepada mana-mana produk lain mereka termasuk roti dan GBKL akan terus menyerap kenaikan kos produk-produk tersebut.

Perkara sama turut disahkan Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Rosol Wahid, yang memaklumkan hasil pemeriksaan yang dilakukan pegawainya mendapati harga roti adalah tidak berubah, sebaliknya ianya hanya membabitkan produk sapuan.

Terdahulu tular di media sosial sepucuk surat berhubung perubahan harga produk keluaran syarikat itu berkuatkuasa pada 1 Jun.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.