fbpx
Now Reading
[Terkini PKP Penuh]: Permohonan Kebenaran Untuk Bekerja Perlu Dipohon Semula Menerusi CIMS3.0 MITI – MKN

[Terkini PKP Penuh]: Permohonan Kebenaran Untuk Bekerja Perlu Dipohon Semula Menerusi CIMS3.0 MITI – MKN

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Majlis Keselamatan Negara (MKN) sebentar tadi mengumumkan permohonan baharu bagi kebenaran perjalanan untuk bekerja perlu dikemukakan semula melalui portal COVID-19 Intelligent Management System (CIMS) 3.0 yang diselaraskan oleh MITI.

Permohonan ini difahamkan melibatkan semua Kementerian yang mengawal selia 17 sektor perkhidmatan perlu (essentials) yang sebelum ini telah diumumkan Menteri Keselamatan diberikan pengecualian untuk beroperasi sepanjang PKP Penuh (Total Lockdodwn) Fasa 1.

Menurut kenyatan sama, keputusan ini diambil selepas Sidang Khas MKN yang dipengerusikan oleh YAB Perdana Menteri hari ini memutuskan supaya sebuah pusat sehenti (one stop centre) yang diselaraskan oleh MITI diwujudkan bagi mengeluarkan surat kebenaran beroperasi kepada syarikat-syarikat berkenaan setelah mendapat pengesahan daripada kementerian-kementerian yang mengawal selia sektor berkenaan.

Sebagai rekod kesemua surat kebenaran beroperasi bagi sektor perkhidmatan perlu telah dikeluarkan oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) sebelum ini adalah terbatal bermula esok, 1 Jun 2021.

Dalam pada itu MITI menerusi satu kenyataan turut memaklumkan kesemua sektor-sektor ekonomi tersebut boleh mengakses portal CIMS 3.0 untuk mendapatkan surat kelulusan beroperasi sekiranya belum menerima kelulusan untuk beroperasi mulai 1 Jun 2021, melalui pautan notification.miti.gov.my:

Kesemua sektor yang dimaksudkan adalah :

1. Pembuatan dan perkhidmatannya yang berkaitan (manufacturing-related service – MRS);
2. Perdagangan pengedaran termasuk pemborongan, peruncitan dan pengedaran;
3. Makanan dan minuman termasuk untuk haiwan;
4. Penjagaan kesihatan dan perubatan termasuk penokok diet, penjagaan dan klinik haiwan serta perkhidmatan veterinar;
5. Komunikasi termasuk media, telekomunikasi dan internet, pos dan kurier serta penyiaran (bagi tujuan penyampaian maklumat, berita dan seumpamanya sahaja);
6. E-dagang dan teknologi maklumat;
7. Pengeluaran, penyulingan, penyimpanan, pembekalan serta pengagihan bahan api dan pelincir;
8. Pembinaan, penyelenggaraan dan pembaikan kritikal.

Yang sudah mendaftar boleh muat turun surat kebenaran bermula 8 malam, 31 Mei

Jelas mereka lagi, bagi syarikat-syarikat yang sudah tersedia berdaftar di CIMS 3.0, mereka tidak perlu mendaftar semula dan boleh terus memuat turun surat kebenaran beroperasi bermula jam 8.00 malam, 31 Mei 2021.

Namun buat syarikat dalam sektor-sektor tersebut yang masih belum mendaftar, boleh membuat pendaftaran bermula 8.00 pagi, 1 Jun 2021. Maklumat terperinci mengenai tatacara pendaftaran di CIMS3.0 (melalui pautan notification.miti.gov.my) boleh dilayari melalui www.miti.gov.my.

Pekerja perlu surat CIMS 3.0 dan surat pengesahan majikan atau pas pekerja sebelum dibenarkan keluar

Sebagai rekod, untuk pergerakan pekerja bagi sektor sektor tersebut memerlukan Surat CIMS 3.0 daripada MITI; DAN surat pengesahan lantikan daripada majikan ATAU pas pekerja.

Terdahulu, ramai meluahkan rasa kecewa kerana gagal mengakses laman Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) bagi membuat permohonan kebenaran beroperasi dipercayai disebabkan trafik yang terlalu tinggi.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.