fbpx

Semua Operasi Kilang Arak Ditutup Serta-Merta – Ismail Sabri

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Kerajaan hari ini mengumumkan penutupan operasi semua kilang arak di seluruh negara secara serta merta sepanjang tempoh sekatan pergerakan penuh fasa pertama.

Menurut Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, meskipun kebenaran beroperasi telah diberikan kepada kilang-kilang yang berasaskan makanan dan minuman, namun ia hanyalah untuk keperluan asas dimana minuman keras adalah tidak termasuk dalam kategori tersebut.

“Walaupun kebenaran beroperasi diberikan kepada kilang-kilang yang berasaskan makanan dan minuman namun ia hanya untuk keperluan asas.

“Kilang minuman keras adalah tidak termasuk dalam kategori keperluan asas,” katanya menerusi satu kenyataan di sini hari ini.

“Sehubungan dengan itu, Majlis Keselamatan Negara (MKN) hari ini bersetuju supaya semua kilang minuman keras di seluruh negara ditutup serta-merta,” katanya dalam satu kenyataan hari ini

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.