fbpx
Now Reading
Pengasas Universiti Lim Kok Wing Meninggal Dunia

Pengasas Universiti Lim Kok Wing Meninggal Dunia

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Pengasas dan Presiden Universiti Teknologi Kreatif Limkokwing (LCUT), Tan Sri Lim Kok Wing disahkan meninggal dunia pada usia 75 tahun hari ini.

Khabar duka tersebut dikongsikan LCUT menerusi satu kenyataan tengahari tadi.

“Dengan rasa hiba kami memaklumkan pemergian Profesor Emeritus Tan Sri Datuk Sri Paduka Dr Lim Kok Wing, Presiden Pengasas kami.

“Berwawasan, karier Tan Sri penuh dengan kreativiti, dan dia membantu mengembangkan pendidikan inovatif di peringkat global dan memperkasa terutama negara membangun.

“Rasa rendah hati dengan ucapan takziah dan sokongan yang diberikan banyak pihak, kami meminta privasi ketika meratapi pemergian seorang lelaki yang sangat kami banggakan,” tulis kenyataan itu.

Beliau sebelum ini dilaporkan dalam keadan stabil selepas terjatuh di rumahnya pada minggu lalu.

Tokoh pelopor sektor pendidikan tinggi swasta itu mula menceburi bidang seni dengan bergelar seorang kartunis di akhbar berbangsa inggeris, Eastern Sun dimana beliau bertanggungjawab menghasilkan ruangan kartun berjudul ‘ABU’ .

Mendiang kemudian meneruskan kareer seninya sebelum melompat ke bidang pengiklanan sehinga berjaya mempunyai firmanya sendiri, Wings Creative Consultants yang merupakan firma profesional pertama di Malaysia pada tahun 1975.

Berpuluh tahun menceburi industri pengiklanan Lim kemudian menubuhkan kolej Lim Kok Wing yang kini berstatus Universiti pada 1991 sehingga berjaya mempunyai beberapa cawangan di dunia antaranya di London, China, Indonesia, Swaziland dan banyak lagi.


© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.