fbpx
Now Reading
Wanita Anak Tujuh Sakit Perut Selepas Dibedah, Rupanya Ada Gunting Tertinggal Dalam Perut

Wanita Anak Tujuh Sakit Perut Selepas Dibedah, Rupanya Ada Gunting Tertinggal Dalam Perut

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Siapa sangka, proses pembedahan yang sepatutnya menjadikan seseorang itu sihat akhirnya menjadi suatu detik mencemaskan.

Begitulah yang dialami oleh seorang wanita berusia 61 tahun, Nurcihan Ogmen yang tinggal di wilayah Aydin di barat daya Turki mengadu mengalami sakit di bahagian perutnya selepas melakukan pembebadahan.

Pernah menjalani pembedahan

Menurut sumber, ibu kepada tujuh cahaya mata ini pernah menjalani satu proses pembedahan di sebuah hospital swasta pada Mac lalu.

Wanita berkenaan dibenarkan pulang ke rumah pada keesokan hari. Namun, dia kemudian mendapati terdapat bengkak selain sakit pada bahagian perut dan terus ke hospital esoknya untuk memberitahu kepada doktor tentang situasinya.

Dimaklumkan itu normal

Namun, Nurcihan dimaklumkan perkara tersebut adalah normal  melalui sesebuah pembedahan. Malah, doktor berkenaan turut menasihatinya untuk bersabar  dan tidak berminat untuk mendengar masalah yang dihadapi.

Selepas dua bulan pembedahan tersebut, Nurcihan mengambil keputusan pergi ke Hospital Negeri Soke untuk buat pemeriksaan susulan kerana masih berasa sakit di bahagian perut.

Gunting dalam perut

Apa yang mengejutkan adalah apabila laporan X-ray menunjukkan ada sebilah gunting terdapat pada bahagian kiri abdomennya. Gunting tu juga dipercayai berpunca dari pembedahannya yang dilaluinya sebelum ini.

Tanpa melengahkan masa, Nurcihan kemudiannya bertemu semula dengan doktor yang melakukan pembedahan awal terhadapnya untuk mengeluarkan gunting itu.  Akhirnya, gunting itu dapat dikeluarkan  selepas melakukan pembedahan selama dua jam. Fuh, nasib baik tak cedera apa-apa!

Telah membuat aduan

Nurcihan telah mengajukan aduan kepada pihak berkuasa tempatan mengenai pakar bedah tersebut termasuk dengan pentadbiran hospital dan pegawai perubatan lain yang terlibat dalam operasi tersebut.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.