fbpx
Now Reading
Padah Tipu Konon Hasilkan PPE, Kilang Topi Keledar Dikompaun RM 10,000

Padah Tipu Konon Hasilkan PPE, Kilang Topi Keledar Dikompaun RM 10,000

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga. Itu sahaja yang sesuai diungkapkan kepada pemilik sebuah kilang topi keledar di Butterworth Pulau Pinang yang diarahkan untuk menutup operasi perniagaannya serta-merta.

Malah nasibnya lebih malang apabila dia dikompaun sebanyak RM10,000 kerana menipu yang kononnya kilangnya mengeluarkan alatan peralatan perlindungan diri (PPE)

Difahamkan taktik liciknya itu berjaya dikesan selepas polis dengan kerjasama beberapa lagi agensi kerajaan iaitu Jabatan Tenaga Kerja (JTK), Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) menjalankan operasi pematuhan prosedur operasi standard (SOP) ekoran pelaksanaan Sekatan Pergerakan Penuh (SPP).

Menurut Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor berkata, hasil semakan pihak mereka telah mendapati pemilik kilang topi keledar tersebut telah mengisytiharkan kilang terbabit menghasilkan PPE antaranya pakaian perubatan, pelitup muka dan sarung tangan getah.

Taktik ini difahamkan bagi mendapatkan kelulusan CIMS untuk beroperasi sepanjang pelaksanaan SPP.

Namun, dalam operasi yang dijalankan in, kita mendapati kilang berkenaan menjalankan pembuatan topi keledar yang jelas menunjukkan pelanggaran SOP.

“Mengikut senarai MITI, pembuatan topi keledar bukan keperluan dan pemiliknya diarahkan menutup operasinya serta-merta selain dikompaun RM10,000,” katanya.

Tambahnya lagi tindakan penutupan kilang itu dibuat mengikut Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).

Dalam pada itu JTK yang turut telibat dalam operasi turut mengeluarkan notis kepada majikan berkenaan di bawah Akta Standard Minimum Perumahan, Penginapan dan Kemudahan Pekerja 1990 (Akta 446) kerana menyediakan penginapan tidak mengikut spesifikasi yang ditetapkan.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.