fbpx
Now Reading
IATA Umum Akan Lancar Pas Perjalanan Digital Dalam Masa Terdekat

IATA Umum Akan Lancar Pas Perjalanan Digital Dalam Masa Terdekat

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Keadaan pandemik di negara kita dan  seluruh dunia ketika ini  sememangnya membataskan urusan mana-mana individu merentas negara.

Jika dahulu kita bebas bergerak dari satu negara ke satu negara, kini semua urusan merentas negara agak mengambil masa memandangkan banyak negara mula mengawal ketat pergerakan keluar masuk disempadan mereka.

Malah ia turut melibatkan pelbagai prosedur dan kriteria tambahan antaranya semakan kesihatan, tujuan urusan dan pelbagai lagi.

Terbaru badan syarikat penerbangan global, International Air Transport Association (IATA)  mengumumkan mereka akan mula melancarkan pas perjalanan digital dalam masa terdekat.

Apa fungsi pas pas perjalanan tersebut?

Menerusi laporan Reuter, pas digital berkenaan yang hadir dalam bentuk aplikasi akan menyimpan dan mengesahkan maklumat-maklumat penting setiap pemiliknya antaranya identitinya, keputusan ujian saringan Covid-19 dan pengesahan vaksinasi mereka.

Dengan menghubungkan kesemua data-data tersebut ia sekaligus dapat membantu melancarkan urusan orang ramai dan juga agensi terlibat seperti pihak imigresen, sekuriti di lapangan terbang, wakil syarikat penerbangan dan banyak lagi.

Setakat ini pas digital tersebut sudah digunakan dan diuji oleh 60,000 pengguna dan turut melibatkan beberapa syarikat penerbangan antaranya Malaysia Airlines.

Menurut mereka alikasi tersebut sangat berguna kerana ia membolehkan syarikat penerbangan memperkemas, memperbaik dan meningkatkan usaha untuk menjadikan perjalanan lebih mudah diakses oleh penumpang. Malah, ia juga boleh mengekalkan piawaian pematuhan dan keselamatan tertinggi.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.