fbpx
Now Reading
[Terkini] PKP 3.0 Dilanjutkan 14 Hari Lagi , Hingga 28 Jun 2021 – DS Ismail Sabri

[Terkini] PKP 3.0 Dilanjutkan 14 Hari Lagi , Hingga 28 Jun 2021 – DS Ismail Sabri

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Menteri Kanan Keselamatan, Dato Seri Ismail Sabri hari ini mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan 3.0 yang sedang dilaksanakan di seluruh negara akan dilanjutkan 14 hari lagi dari 15 Jun sehingga 28 Jun 2021.

Jelas beliau keputusan tersebut diambil selepas MKN mengambil kira cadangan dan pembentangan Kementerian Kesihatan Malaysia(KKM) yang mengambil kira jumlah kes harian masih tinggi melebihi 5,000 sehari dengan purata kes baharu sehingga semalam ialah 6,871.

“Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah membentang dan mencadangkan dalam Sidang Khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang dipengerusikan oleh YAB Perdana Menteri hari ini supaya PKP 3.0 dilanjutkan untuk tempoh 2 minggu lagi.

“Sehubungan dengan itu, PKP 3.0 disambung untuk tempoh dua minggu berkuat kuasa pada 15 Jun sehingga 28 Jun 2021” kata Ismail Sabri menerusi kenyataan media berkenaan.

SOP dan senarai dibenarkan/tak dibenarkan masih sama

Tambah beliau lagi, senarai positif/negatif dan Prosedur Operasi Standard (SOP) bagi setiap aktiviti perkilangan, perniagaan dan industri masih terpakai dan kekal sama seperti mana diumumkan sebelum ini.

Mengenai senarai tersebut, boleh dirujuk kepada laman sesawang kementerian berkaitan dan maklumat lanjut boleh diakses di laman sesawang MKN di www.mkn.gov.my

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.