fbpx
Now Reading
Murid Terkejut, Telefon Pintar Terbakar Secara Tiba-Tiba Ketika Sesi PdPR

Murid Terkejut, Telefon Pintar Terbakar Secara Tiba-Tiba Ketika Sesi PdPR

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Tiada yang lebih mencemaskan buat seorang pelajar apabila peranti yang digunakannya untuk sesi Pengajaran Dan Pembelajaran Di Rumah (PdPR) terbakar secara tiba-tiba.

Namun nasibnya baik kerana kejadian tersebut kebetulan turut disaksikan ibu saudaranya yang kebetulan turut berada di rumah mereka di Gombak.

Kisah berkenaan kemudian mula tular selepas dikongsikan ibu saudaranya di laman Facebook bagi menyuarakan rasa kecewanya dengan pembekal telefon berkenaan yang juga sebuah syarikat telekomunikasi di negara.

Lebih mengecewakannya telefon tersebut baru sahaja diterima anak saudaranya itu bagi melangsungkan PdPR tidak sampai sebulan.

“Nasib baik kami ada di rumah, kalau tidak mungkin rumah sudah terbakar. Anak buah tengah online PdPR menggunakan peranti. Tiba-tiba ia terbakar.

“Baru sahaja terima tidak sampai sebulan. Sedih rasanya.” tulisnya di Facebook.

Meskipun tiada sebarang kecederaan yang tidak diingini berlaku pada anak saudaranya, namun insiden tersebut membuatkan pelajar dan wanita berkeaan trauma memandangkan ianya berlaku pantas dan secara tiba-tiba.

Saya berada di depan dia. Saya menggigil ketakutan. Ia berlaku kira-kira jam 930 pagi ketika kelas pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR).

“Anak saya jadi pucat dan terus lari. Saya juga pakai telefon tapi tak pernah jadi macam ini. Mujurlah tiada yang cedera,” katanya dipetik dari Malaysiakini.

Turut dapat perhatian Syed Saddiq

Kisah tersebut turut dikongsikan bekas Menteri Belia & Sukan, Syed Saddiq menerusi satu hantaran di akaun Twitternya.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.