
Rakaman Kapal Terbang ‘Tergantung’ Beberapa Hari Di Udara Cetus Pelbagai Andaian [Video]
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Kebanyakan dari kita sudah tentu akan teruja apabila ternampak kapal terbang melintasi ruangan udara semasa di atas jalan raya.
Kapal terbang ‘tergantung’
Namun, berbeza dengan satu rakaman video yang viral ini memperlihatkan seolah-olah sebuah kapal terbang ‘tergantung’ di udara.
Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna bernama di laman TikTok, dia memberitahu telah melalui satu jalan dan terlihat sebuah pesawat seperti tidak bergerak di udara.
Kemudian, dia turut merakam ada pesawat lain melintasi kawasan itu dan barulah dia sedar bahawa yang pesawat ‘tergantung’ itu memang tak berganjak.

Setelah dua hari,dia melalui lokasi itu semula dan mendapati pesawat tersebut masih lagi ada di kawasan berkenaan.
Disebabkan runsing dengan perkara tersebut, wanita berkenaan meminta orang ramai untuk menjelaskan apa yang berlaku.
Saya lalu semula selepas dua hari dan lihat ia masih ada lagi di situ. Seseorang tolong jelaskan.

Pernah terjadi di Moscow
Menurut DailyStar, kejadian tersebut berkemungkinan berlaku disebabkan okeh ilusi optik kerana fenomena yang sama pernah terjadi di Moscow Rusia, pada 2018 lalu.
Difahamkan, pengguna jalan raya akan nampak pesawat itu seakan-akan kelihatan statik di udara walaupun ia sebenarnya bergerak.

Foto: The Sun

Hal ini turut dipersetujui berpunca daripada kelajuan pesawat, angin yang datang dari arah berlawanan serta posisi kereta ketika terlihat pesawat tersebut sehingga membuatkan ia kelihatan ‘tergantung’.
@lesxbalboa I know this isn’t normal… & google says it’s rare so why did I see it twice ?! #foryou #fyp #xyzcba
♬ Blade Runner 2049 – Synthwave Goose
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna aplikasi tersebut meninggalkan teori mereka sendiri yang kebanyakannya hanya gurauan semata-mata.