fbpx
Now Reading
PDRM Tawar Diskaun Saman Trafik 50% Mulai Esok, 18 Jun

PDRM Tawar Diskaun Saman Trafik 50% Mulai Esok, 18 Jun

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Berita baik buat anda yang mempunyai saman trafik, bermula esok, 18 Jun Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menawarkan diskaun kompaun saman trafik sebanyak 50 peratus.

Menurut Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Bukit Aman Datuk Azisman Alias, orang ramai yang ingin membayar saman dengan diskaun berkenaan boleh melakukannya menerusi portal rasmi PDRM dan aplikasi MyBayar Saman dimana kempen tersebut kan berlangsung selama sebulan dari 18Jun – 18 Julai.

Ini memandangkan semua kaunter di kontijen dan ibu pejabat polis daerah akan ditutup bagi mengurangkan penularangan jangkitan Covid-19 dalam tempoh PKP3 .

Berlangsung dari 18 Jun – 18 Julai 2021

“Tawaran diskaun itu sebagai usaha menyokong hasrat kerajaan ke arah memberikan perkhidmatan pembayaran tanpa tunai ketika situasi wabak COVID-19.

“Sepanjang tempoh kempen ini, semua kaunter pembayaran saman di kontinjen dan Ibu Pejabat Polis Daerah akan ditutup bagi mengurangkan penularan jangkitan COVID-19 dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan 3.0,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Namun tidak termasuk beberapa kesalahan utama yang dilakukan pada 2021

Penawaran tersebut yang akan berlangsung selama sebulan dari 18 Jun – 18 Julai bagaimanapun tidak termasuk beberapa kesalahan-kesalahan utama yang dilakukan dalan tahun ini seperti :

1.Tidak patuhi lampu isyarat merah
2.Memandu di lorang kecemasan
3.Potong secara merbahaya (Potong barisan)
4. Potong di garisan berkembar
5.Kemalangan
6.Kes dalam perbicaraan
7.Saman tidak boleh kompaun
8.Kesalahan berkaitan lori
9. Pengubahsuaian ekzos

Tambah beliau lagi, aplikasi MyBayar Saman juga akan dipertingkat bagi membolehkan syarikat dan entiti perniagaan mendaftar sebagai pengguna dan seterusnya membuat pembayaran melalui aplikasi itu.

Foto : Bernama

Buat anda yang ingin menggunakan aplikasi MyBayar Saman boleh memuat turunnya di bawah ini :

Untuk pengguna Android: tekan disini

Untuk pengguna iOS : tekan disini

Untuk pengguna Huawei : tekan disini

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.