fbpx
Now Reading
Gagal Kawal Emosi, Lelaki Serang Bomba Bertugas Direman 4 Hari

Gagal Kawal Emosi, Lelaki Serang Bomba Bertugas Direman 4 Hari

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sejak pagi tadi tular di media sosial satu video memperlihatkan seorang lelaki menyerang seorang anggota bomba yang sedang bertugas.

Menerusi video tersebut yang dirakam menggunakan body cam milik seorang lagi anggota bomba, lelaki tersebut dikatakan tidak berpuas hati kerana pasukan penyelamat itu lambat tiba sehingga rumah pusaka mereka musnah terbakar.

Dia yang gagal mengawal emosinya kemudian meluru kepada mangsa sebelum menyerang dan menolaknya sehingga terjatuh.

Tindakan agresif lelaki itu membuatkan seorang rakan setugas mangsa yang sedang memadamkan api bertindak menghalakan air semburan kearahnya dan beberapa lagi suspek dalam usaha menghalang mereka dari terus menghampiri mangsa yang sudah pun tersungkur.

Kejadian yang beraku di Kampung Belipat, Lawas, pada jam sekitar 3 petang semalam itu kemudian mula disiasat Polis Diraja Malaysia (PDRM) selepas mangsa membuat laporan pada jam 9 malam tadi.

Namun dia kemudiannya menarik balik laporan selepas suspek bertindak memohon maaf kepadanya tidak sampai 3 jam kemudiannya.

Direman 4 hari bermula hari ini

Terbaru Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Aidi Ismail memaklumkan lelaki berusia 30 tahub itu bagaimanapun sudahpun ditahan reman selama empat hari mulai hari ini.

Jelas Aidi,  polis akan tetap meneruskan siasatan walaupun mangsa sudah menarik kembali laporan polis yang dibuatnya terhadap suspek.

“Kertas siasatan akan dimajukan kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk arahan selanjutnya,” katanya menerusi laporan Harian Metro.

Siasatan akan dijalankan mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang penjawat awam dan Seksyen 332 kanun yang sama kerana mencederakan penjawat awam.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.