fbpx
Now Reading
Pengguna TNB Bakal Nikmati Purata Rebat 5% Selama 6 Bulan Bermula Julai

Pengguna TNB Bakal Nikmati Purata Rebat 5% Selama 6 Bulan Bermula Julai

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Kerajaan hari ini mengumumkan seramai 9.44 juta pemilik akaun Tenaga Nasional Berhad (TNB) akan menikmati rebat elektrik sebanyak dua sen kilowatt per jam (kWj) bagi tempoh 6 bulan iaitu mulai 1 Julai hingga 31 Disember depan.

Menurut Menteri Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA) Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah, kerajaan bersetuju memperuntukkan RM493 juta melalui dana Kumpulan Wang Industri Elektrik(KWIE) bagi membiayai pemberian rebat tambahan sebanyak 0.87 sen/kWj sekali gus mengekalkan rebat elektrik sebanyak 0.2 sen

“Pemberian rebat tambahan ini membolehkan semua pemilik akaun TNB menikmati purata diskaun sebanyak lima peratus bagi tempoh itu.

“Selaras dengan pelaksanaan mekanisme penetapan tarif elektrik di Semenanjung yang dilaksanakan sejak 2014, pelarasan kos penjanaan elektrik perlu dilaksanakan setiap enam bulan melalui mekanisme Pelepasan Kos Tidak Seimbang (ICPT),” katanya sewaktu sidang media secara maya hari ini.

Katanya lagi, kos ICPT yang perlu diselaraskan dari 1 Julai hingga 31 Disember berjumlah RM638.98 juta.

Menurut Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah, pemberian rebat ini membolehkan semua pemilik akaun TNB menikmati purata diskaun sebanyak lima peratus bagi tempoh julai- disember 2021

“Ini bermakna kadar rebat elektrik yang boleh dilepaskan kepada pengguna ialah sebanyak 1.13 sen/kWj berbanding kadar rebat bagi tempoh Januari hingga Jun 2021 iaitu dua sen/kWj.

“Peningkatan kos ICPT berlaku berikutan peningkatan kos pembekalan gas dan arang batu bagi tempoh Januari hingga Jun 2021,” katanya.

Jelas beliau keputusan membiayai pemberian rebat tambahan sebanyak 0.87 sen/kWj itu diambil selepas mengambil kira cabaran dan kesukaran yang dihadapi rakyat ekoran dari pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dalam usaha mengekang penularan pandemik Covid-19.

Rebat ini berbeza dengan diskaun yang akan diumumkan Perdana Menteri

Tambah Shamsul Anuar, rebat ini bagaimanapun berbeza dengan diskaun bersasar yang akan diumumkan Perdana Menteri tidak lama lagi.

“Perkara ini akan diumumkan oleh Perdana Menteri. Justeru apa yang saya umumkan hari ini berbeza berbanding diskaun.

“Namun penting kerana kerajaan bersetuju membelanjakan RM493 juta supaya tidak berlaku kenaikan tarif elektrik dan mengekalkan sebagaimana sekarang,” katanya.

Baca artikel berkaitan :

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.