fbpx
Now Reading
Terkenal Buat Tiktok Tanpa Suara, Ini Rupanya Kisah Khaby Lame Sebelum Viral

Terkenal Buat Tiktok Tanpa Suara, Ini Rupanya Kisah Khaby Lame Sebelum Viral

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Siapa sangka, dengan hanya berinteraksi menggunakan bahasa tubuh dan mimik mukanya yang bersahaja. Pemuda bernama Khaby Lame ini menjadi terkenal sehingga mencecah puluhan juta pengikut di laman TikTok.

Tak bercakap dalam video

Apa yang menarik perhatian ramai ialah video-video yang dihasilkan pemuda berkenaan kebiasaannya tidak mempunyai dialog. Namun, perkara itu lah yang membuatkan netizen lebih suka kerana ia dianggap sangat lucu.

Foto: TikTok

Wajah dan ekspresi saya inilah yang membuat orang ketawa.

Pemuda itu turut berjaya mengumpul 79.7 juta pengikut menerusi aplikasi TikTok sekali gus menjadi bintang TikTok paling popular di Itali.

Kongsi tips mudah

Khaby menghasilkan banyak video beserta hashtagnya sendiri iaitu #Learnfromkhaby dengan menunjukkan beberapa tips yang lebih mudah daripada kandungan life hacks yang tidak masuk akal oleh video-video lain.

Foto: TikTok

Dengan menggunakan feature duet dan stitch di TikTok, Khaby menunjukkan banyak cara yang lebih senang untuk untuk menyelesaikan sesuatu masalah. Malah, intipati videonya juga senang difahami oleh ramai orang walaupun dia tidak perlu mengeluarkan sepatah perkataan.

Pernah kehilangan kerja

Foto: TikTok

Namun disebalik video lucunya itu, terselit beberapa kisah duka yang dialami oleh pemuda tersebut. Khaby atau nama sebenarnya Khabane Lame berasal bandar industri Chivasso di utara Itali itu mula memutuskan untuk membuat video di TikTok setelah dia kehilangan pekerjaannya sebagai pekerja kilang.

Difahamkan, dia telah diberhentikan pada bulan Mac 2020 tahun lalu susulan pandemik Covid-19.

Tidak mendapat kewarganegaraan

Walaupun Khaby juga telah diiktiraf di peringkat antarabangsa sebagai TikToker Itali dan telah tinggal di Itali sejak berumur satu tahun, namun Khaby sebenarnya menghadapi isu status kewarganegaraannya.

Kewarganegaraan Itali hanya dapat diperoleh oleh anak-anak pendatang yang mencapai usia 18 tahun setelah tinggal di negara itu sejak lahir. Ia mengambil masa lebih lama bagi mereka yang tidak dilahirkan di Itali. Justeru, Khaby masih belum memiliki kewarganegaraan di negara tersebut.

Kini, setelah lebih dari setahun menggunakan platform tersebut, Khaby merupakan salah seorang ‘content creator’ yang paling cepat berkembang dengan mempunyai 76.8 juta pengikut di aplikasi TikTok dan 1.1 bilion tanda suka di profilnya.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.