fbpx
Now Reading
Selepas 30 Tahun, Hotel Istana Umum Penutupan Operasi 1 September

Selepas 30 Tahun, Hotel Istana Umum Penutupan Operasi 1 September

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Selepas hampir tiga dekad dibuka dan menjadi tumpuan pelancong dan orang ramai yang berkunjung ke ibu kota Kuala Lumpur, Hotel Istana dilaporkan akan menutup operasinya 1 September ini.

Berdasarkan satu tular bertarikh 30 Jun, pengurusan hotel itu memaklumkan skim pemisahan sukarela ditawarkan kepada pekerja hotel yang terjejas.

“Dengan rasa dukacita kami ingin memaklumkan keputusan untuk menutup operasi kami dijangka pada 1 September 2021.”

“Kami membuat keputusan ini (untuk menghentikan operasi) selepas mempertimbangkan keadaan sekarang dan semua pilihan yang ada.

“Kami tidak mempunyai pilihan lain selain meneruskan penutupan ini,” kata Pengurus Besar hotel Noorazzudin Omar berkata dalam pemberitahuan pemberhentian kepada kakitangan

Foto : TravelRestaurantHotel

Akan Tawar VSS kepada pekerja

Menerusi surat sama, pihak pengurusan turut menyebut bahawa Hotel Istana akan menawarkan menawarkan skim pemisahan sukarela (VSS) kepada para pekerja.

Tetap alami kerugian walaupun dipilih sebagai salah satu hotel kuarantin

“Situasi sekarang lebih parah akibat pandemik Covid-19 yang sudah dan terus mempengaruhi industri kita dan kemampuannya untuk mencapai keadaan normal.

“Ini mempengaruhi perniagaan, harga, pulangan dan tempahan bilik kami walaupun ada usaha terbaik.

“Walaupun sebagai hotel kuarantin, kami mengalami kerugian operasi bulanan.

“Oleh itu, setelah penilaian yang tepat tentang hotel dan kelangsungannya, kami memutuskan untuk menghentikan operasi,” kata Noorazzudin.

Namun menerusi laporan Awani, notis rasmi daripada pengurusan Hotel Istana kepada pekerja masih belum dikeluarkan setakat ini.

Sebagai rekod, Hotel lima bintang dengan 486 bilik yang terletak Jalan Raja Chulan, siap dibina pada 1992 dan dimiliki oleh Tradewinds Corp Berhad.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.