fbpx
Now Reading
Sidang Khas Parlimen Mulai 26 Julai & Dewan Negara 3 0gos – PMO

Sidang Khas Parlimen Mulai 26 Julai & Dewan Negara 3 0gos – PMO

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Pejabat Perdana Menteri (PMO) menerusi satu kenyataan hari ini memaklumkan kerajaan akan mula mengadakan Mesyuarat Khas Penggal Ketiga Parlimen Ke-14 selama lima hari mulai 26 hingga 29 Julai (4 hari) dan 2 Ogos(1 hari)

Menerusi kenyatan sama mereka turut memaklumkan Persidangan Dewan Negara pula akan berlangung selama 3 hari dari 3 Ogos – 5 Ogos 2021. bagi Dewan Rakyat.

Kerajaan dalam masa sama turut bersetuju memaklumkan perkara itu kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berhubung pemakluman itu.

Menurut PMO, mesyuarat ini bertujuan untuk memberi penerangan kepada Ahli-Ahli Parlimen mengenai Pelan Pemulihan Negara dan meminda semua perundangan dan peraturan bagi membolehkan persidangan Parlimen diadakan secara hibrid.

“Berdasarkan Fasal (3) Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan, semua proklamasi darurat dan ordinan yang dibuat oleh Yang di-Pertuan Agong akan dibentangkan di hadapan kedua-dua Majlis Parlimen,” tulis kenyataan berkena.

Nota Jemaah Menteri juga telah diedar secara berutus kepada Jemaah Menteri untuk mengambil maklum mengenai perkara ini.

Foto header : Malaysiakini

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.