fbpx
Now Reading
[Terkini] Ismail Sabri Dilantik Sebagai Timbalan Perdana Menteri

[Terkini] Ismail Sabri Dilantik Sebagai Timbalan Perdana Menteri

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini sah dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri Malaysia yang baharu. Dengan pelantikan ini beliau bagaimanapun difahamkan akan terus kekal memegang poftfolio Menteri Pertahanan.

Berita tersebut dimaklumkan Pejabat Perdana Menteri(PMO) menerusi satu kenyataan hari ini.

Menurut PMO, pelantikan tersebut bagi membantu Perdana Menteri dalam menguruskan pendtadbiran negara dan memenuhi keperluan rakyat disaat negara sedang berdepan krisis kesihatan dan ekonomi.

Hishamuddin Hussein kini Menteri Kanan

Sehubungan itu, peranan beliau sebagai Ketua Kluster Keselamatan pula akan diambil alih oleh Datuk Seri Hishammuddin Hussein yang kini dilantik sebagai Menteri Kanan Luar Negeri .

“YB Dato’ Seri Hishammuddin bin Tun Hussein pula telah dilantik sebagai Menteri Kanan Luar Negeri. Sebagai Menteri Kanan, beliau akan mengetuai Kluster Keselamatan yang sebelum ini diketuai oleh YAB Dato Sri Ismail Sabri.

Hishammuddin juga kini berperanan untuk membantu Perdana Menteri dalam pelaksanaan Pelan Pemulihan Negara(PPN).

“Adalah diharapkan pelantikan ini akan meningkatkan lagi keupayaan Kerajaan Perikatan Nasional (PN) khususnya dalam menghadapi pandemik COVID-19, memperkuatkan perpaduan dalam kalangan parti- parti yang membentuk kerajaan dan memperkukuhkan Kerajaaan PN dengan tadbir urus yang telus, bebas rasuah dan berintegriti” kata kenyataan itu lagi.

Kedua dua pelantikan telah disembah maklum kepada YDPA dan berkuat kuasa serta merta.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.