fbpx
Now Reading
Arab Saudi Kini Iktiraf Suntikan Vaksin Sinovac, Namun Perlu Dos ‘Booster’ ?

Arab Saudi Kini Iktiraf Suntikan Vaksin Sinovac, Namun Perlu Dos ‘Booster’ ?

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Jika anda ingat sebelum ini, kerajaan Arab Saudi telah membuat penetapan di mana salah satu kriteria perjalanan jemaah haji pada tahun ini adalah memperolehi suntikan vaksin COVID-19.

Namun syarat mereka pada waktu itu ialah jemaah yang menerima vaksin Pfizer dan AstraZeneca dibenarkan menunaikan haji.

Terbaru, sebentar tadi Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Dr. Haji Zulkifli Mohamad Al-Bakri menerusi satu hantaran di Twitter memaklumkan negara berkenaan sudah pun menyenaraikan Sinovac sebagai salah satu suntikan vaksin yang diterima bagi kemasukan ke sana.

“Alhamdulillah, Arab Saudi telah memasukkan Sinovac dalam senarai vaksin yang diterima bagi kemasukan ke sana.


“Boleh sampaikan kepada ahli keluarga yang telah menerima vaksin Sinovac dan berniat untuk tunaikan haji dan umrah akan datang.

“Sama-sama kita doakan urusan jemaah haji Malaysia yang diluluskan untuk menunaikan haji pada tahun ini, dipermudahkan Allah SWT.

Menerusi perkongsian tersebut, selain Sinovac beberapa lagi vaksin kini turut tersenarai menyertai AZ dan Pfizer iaitu Moderna, Janssen, dan Sinopharm.

Beliau turut berkongsi pautan laman berkenaan yang difahamkan di bawah kendalian Kementerian Kesihatan di sana iaitu : https://eservices.moh.gov.sa/CoronaVaccineRegistration

Berita ini pastinya membuatkan ramai orang menarik nafas lega khusnya bakal jemaaj haji yang sudah menerima suntikan Sinovac.

Mungkin perlu dos tambahan

Namun menerusi laporan, Saudi Gazette,  individu yang sudah menerima dua dos vaksin dari jenis Sinovac atau Sinopharm bagaimanapun perlu mengambil satu lagi dos tambahan atau booster yang diiktiraf sama ada Pfizer, AstraZeneca, Johnson & Johnson dan Moderna

Syarat terbaharu itu difahamkan terkandung dalam peraturan mandatori terbaharu yang dikeluarkan pihak berkuasa kesihatan Arab Saudi, kepada Pihak Berkuasa Tambak King Fahd (KFCA), pada hujung minggu yang lalu.

Perlu buat PCR 72 jam selepas tiba

Selain itu satu lagi syarat yang perlu dipatuhi setiap jemaah adalah membuat ujian Real-Time Reverse Transcription-Polymerase Chain Reaction (RT-PCR) dalam tempoh 72 jam sebaik tiba Arab Saudi.

Namun tidak dapat dipastikan sama ada syarat dos tambahan dan saringan mandatori 72 jam ini hanya untuk mereka yang menggunakan jalan darat iaitu menerusi Tambak King Fadh atau akan diwajibkan untuk semua pengunjung ke Arab Saudi termasuk yang mengugunakan jalan udara.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.