fbpx
Now Reading
Detik Cemas Buaian ‘Fun Fair’ Goyang Semasa Berhayun, Orang Ramai Paut Agar Tak Terbalik [Video]

Detik Cemas Buaian ‘Fun Fair’ Goyang Semasa Berhayun, Orang Ramai Paut Agar Tak Terbalik [Video]

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Mimpi ngeri yang selalu kita bayangkan selama ini menjadi realiti apabila sebuah ride di karnival fun fair rosak sewaktu sedang dinaiki oleh para penunggang.

Menurut laporan Daily Mail, kejadian yang berlaku di Traverse City, Michigan ini bermula apabila buaian yang diberi nama ‘Magic Carpet’ ini longgar dari dasarnya.

Berikutan dengan ini, buaian tersebut mulai menyenget dari bawah seakan-akan bakal jatuh pada bila-bila masa sahaja.

Situasi mengejutkan itu telah menyebabkan penumpangnya menjerit ketakutan dan orang ramai bergegas memberikan bantuan dengan berpaut pada ride tersebut.

Difahamkan pada mulanya tiada sesiapapun yang sedar dengan masalah yang sedang berlaku dengan buaian itu sehingga kedengaran bunyi kerosakan pada logam Magic Carpet.

Buaian itu yang turut mengambil masa yang cukup lama untuk berhenti menyebabkan penunggangnya berasa kurang selesa dan takut sewaktu memikirkan nyawa masing-masing.

Walaubagaimanapun, kejadian ngeri ini berakhir tanpa melibatkan sebarang kecederaan dan berjaya turun dengan selamat.

Dalam pada itu, buaian tersebut dijelaskan telah beroperasi selama enam hari di karnival fun fair tersebut dan pemeriksaan dilakukan pada setiap hari sebelum ia dibuka untuk penunggang.

Namun punca kejadian ini berlaku tidak dapat dikenalpasti dan buaian ini telah dicabut dan tidak akan digunakan lagi sebagai langkah keselamatan.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.