Now Reading
Terkini : ‘204 Petugas Di PPV IDCC Shah Alam Positif Covid-19’ – KJ

Terkini : ‘204 Petugas Di PPV IDCC Shah Alam Positif Covid-19’ – KJ

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan, Khairy Jamaluddin sebentar tadi memaklumkan terdapat 204 petugas di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Ideal Convention Centre (IDCC) Shah Alam yang telah disahkan positif Covid-19.

Keputusan tersebut difahamkan diterima selepas mereka menjalani saringan beramai-ramai pada 10 Julai lalu.

Walaubagaimanapun menurut beliau, keputusan ujian semua terbabit juga mendapati nilai kitaran ambang lebih daripada 35 dimana kebarangkali untuk menjangkiti orang lain adalah rendah.

“Keputusan RT-PCR telah menunjukkan kesemua yang positif mempunyai Ct lebih daripada 35 di mana mereka mempunyai load virus yang rendah. Kebarangkalian mereka boleh menjangkiti orang lain adalah rendah berdasarkan guideline WHO

Namun sebagai langkah berjaga-jaga beliau meminta orang ramai yang hadir untuk vaksinasi di IDCC Shah Alam pada 9, 10, 11 dan 12 Julai untuk melaksanakan kawalan kendiri selama 10 hari bagi mengelakkan sebarang jangkitan berlaku.

Tambah Khairy lagi, kesemua petugas sedia ada akan diasingkan dan digantikan dengan pasukan petugas baharu selepas PPV itu dibuka semula esok.

Selain tu janji temu yang baharu juga akan diberikan kepada orang ramai yang sepatutnya mengambil suntikan vaksin di sana pada 13 julai.

“Saya ingin menyeru orang ramai untuk hadir ke janji temu mereka di PPV IDCC seperti biasa selepas ini di samping mematuhi SOP dan penjarakan fizikal sepanjang masa, datang mengikut masa yang diberikan serta pastikan terus pulang selepas selesai urusan vaksinasi”

Terdahulu JKJAV menerusi satu kenyatan memaklumkan PPV IDCC Shah Alam akan ditutup selama sehari (13 Julai) susulan daripada terdapat kes positif dalam kalangan petugas di pusat berkenaan.

© 2021 BuzzKini. All Rights Reserved.