fbpx

Termakan Helah Nak Bagi Bantuan, Suri Rumah Hilang Barang Kemas RM7,000 Dicuri Kenalan TikTok

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Termakan dengan janji palsu untuk diberikan bantuan keperluan asas, seorang suri rumah kerugian kira-kira RM7,000 selepas barang kemasnya dicuri oleh rakannya sendiri.

Difahamkan kenalannya itu pertama kali berhubung 2 minggu sebelum kejadian menerusi aplikasi TikTok.

Foto: Vox

Menurut laporan Bernama, kejadian berlaku pada 11 pagi Sabtu lalu bermula apabila suspek yang merupakan seorang lelaki telah datang ke rumah mangsa di Taman Desa Air Merbau, Jasin.

Ujar mangsa, kunjungan tersebut dibuat atas alasan untuk membawanya ke pasaraya berhampiran bagi mendapatkan keperluan harian.

Walaubagaimanapun, suspek telah membuat helah untuk masuk ke rumah mangsa sebelum mencuri barang kemas, seperti dikatakan oleh Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Melaka ACP Mohd Sukri Kaman.

Foto: Malaysia Post

“Suspek membuat helah dengn masuk ke rumah mangsa lalu mencuri barang kemas sebelum melarikan diri. Mangsa kemudian membuat laporan polis pada pukul 10.20 malam hari yang sama.”

Tambahnya lagi, pihaknya telah menerima dua buah laporan mengenai kejadian serupa sejak 1 Januari.

Berikutan dengan ini, beliau meminta agar orang ramai untuk sentiasa berhati-hati dan mendapatkan bantuan menerusi saluran betul seperti badan kerajaan atau badan bukan kerajaan (NGO) yang dipercayai.

Foto: Mypt3

Malah beliau turut menasihati orang ramai untuk tidak sesekali memberikan butiran peribadi seperti nama dan alamat menerusi sosial media terutamanya kepada individu yang diragui atau baru dikenali.

Kredit Foto: The Guardian

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.