fbpx
Now Reading
Kedai Komputer, Telekomunikasi & Alat Tulis Dibenar Beroperasi Mulai Esok, 16 Julai

Kedai Komputer, Telekomunikasi & Alat Tulis Dibenar Beroperasi Mulai Esok, 16 Julai

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Kerajaan hari ini memutuskan untuk membenarkan operasi kedai komputer, kedai telekomunikasi dan premis menjual buku dan alatan tulis bermula esok, 16 Julai.

Perkara tersebut diumumkan Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pertahanan, YAB Datuk Seri Ismail Sabri menerusi kenyataan media sebentar tadi.

Kedai telekomunikasi turut dibenarkan beroperasi bermula esok

Jelas beliau, perkara ini diputuskan MKN selepas mengambil kira maklumbalas pelajar, ibubapa serta tenaga pengajar dalam mereka dapat mengharungi PdPR tanpa gangua

“Sidang khas MKN hari ini bersetuju untuk membenarkan Kedai Komputer dan Telekomunikasi serta Kedai Buku dan Alat Tulis untuk beroperasi sepanjang tempoh Pelan Pemulihan Negara (PPN) berkuatkuasa 16 Julai 2021.

Foto : MPH

“Kebenaran ini diberikan setelah mengambil kira maklumbalas pelajar, ibubapa serta tenaga pengajar dan untuk memastikan guru serta pelajar dapat menjalankan PdPR tanpa ganguan.

Pergerakan pelajar dari atau ke kawasan PKPD atas tujuan peperiksaan dibenarkan

Selain itu, sidang khas juga bersetuju untuk membenarkan pergerakan pelajar dari kawasan yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) atau ke kawasan PKPD dengan syarat mendapat kebenaran PDRM bagi tujuan mengambil peperiksaan termasuk peperiksaan professional.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.