fbpx
Now Reading
Kelantan Henti Guna Sinovac, Beralih Kepada Vaksin Pfizer Bermula Ogos

Kelantan Henti Guna Sinovac, Beralih Kepada Vaksin Pfizer Bermula Ogos

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Pemberian vaksin Sinovac di Kelantan akan dihentikan menjelang akhir bulan ini dan bakal digantikan dengan suntikan Pfizer-BioNTech.

Menurut Pengarah Kesihatan Negeri Kelantan, Datuk Dr Zaini Hussin, pengagihan bekalan tersebut di semua PPV di sana akan bermula pada penghujung Julai memandangkan bekalan bekalan vaksin yang tiba bermula 18 Julai ada lah dari jenis Pfizer.

“Dimaklumkan bahawa pengagihan bekalan vaksin Sinovac kepada Kelantan akan ditamatkan pada akhir Julai ini dan akan digantikan dengan vaksin Pfizer.

“Mulai 18 Julai ini, semua PPV di Kelantan hanya akan dibekal dos suntikan kedua vaksin Sinovac dan tiada lagi bekalan dos pertama bagi vaksin ini selepas tarikh tersebut,” katanya dalam notis pemberitahuan yang bertarikh 13 Julai.

Namun menerusi Sinar Harian bila menjelaskan individu yang sudah menerima dos pertama Sinovac akan tetap menerima dos dari jenis yang sama untuk suntikan kedua.

Seorang petugas kesihatan sedang memberikan suntikan vaksin di PPV Dewan Tuanku Canselor Universiti Malaysia Kelantan (UMK) Foto : Bernama

Kerajaan dah buat tempahan Pfizer yang banyak berbanding Sinovac

Perkara tersebut turut disahkan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba yang memaklumkan keputusan berkenaan diambil ekoran bekalan Pfizer-BioNTech yang sudah banyak ditempah untuk negara ini berbanding 16 juta Sinovac.

“Di Kelantan memang kita akan beralih ke Pfizer kerana sebelum ini sudah banyak Sinovac diagihkan ke negeri.

“Untuk menggantikan baki populasi yang nak disuntik, kita akan bagi Pfizer di Kelantan.

“Kita telah buat tempahan Pfizer sebanyak 45.779 juta dos berbanding Sinovac yang ditempah 16 juta dos,” ujar beliau menerusi sidang media bersama Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Bakal disusuli negeri lain

Namun keputusan ini juga bakal disusuli negeri negeri lain secara berperingkat.

“Sebenarnya negeri lain pun kita akan beralih kepada Pfizer selepas ini.

Perkara sama turut dijelaskan Dr Hisham kepada media.

“Kita telah menempah 44 .4 juta dos (Pfizer) untuk kegunaan 22.2 juta penduduk (Malaysia). Vaksin kita yang utama ialah Pfizer.

“Jadi kita akan pertingkatkan penggunaan Pfizer di PPV dan sebagainya ” kata beliau lagi.

Untuk kenyataan penuh rujuk video di bawah pada minit 38:35 :


© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.