fbpx
Now Reading
Kerajaan Pertimbang Longgarkan Pergerakan Individu Yang Sudah Lengkap 2 Dos Vaksin

Kerajaan Pertimbang Longgarkan Pergerakan Individu Yang Sudah Lengkap 2 Dos Vaksin

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Kerajaan hari ini meminta Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV) untuk mempertimbangkan memberi kelonggaran pergerakan kepada mereka yang yang lengkap dua dos vaksinasi Covid-19.

Menurut Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, langkah ini agar orang ramai dapat kembali menjalani kehidupan seperti biasa secara berperingkat.

Mungkin dari segi perjalanan atau kelonggaran untuk makan di restoran

“Mutakhir sekali saya telah minta jawatankuasa pengurusan untuk menilai semula bagi mereka yang mendapat dua suntikan vaksin supaya mereka akan diberi kelonggaran.

“Ia sama ada dari segi perjalanan atau pun pergi ke kedai dan makan di restoran. Ini petanda untuk menunjukkan sementara kita menguruskan COVID-19, maka kehidupan rakyat sedikit demi sedikit akan kembali seperti masa lepas” kata beliau sewaktu pelancaran Bakul Makanan Prihatin Negara.

Menerusi laporan Twittter Bernama, Muhyiddin turut meminta rakyat Malaysia untuk bersabar dan tidak mempercayai kempen yang kerajaan telah gagal dalam menguruskan hal COVID-19 seperti yang dilaungkan banyak pihak di media sosial.

Tambahnya jangka masa Pelan Pemulihan Negara (PPN) yang sudah memasuki Fasa 2 di beberapa negeri hanya sehingga akhir tahun ini

“Jangan kata kerajaan tak bagi tumpuan, jangan sesekali percaya dengan kempen kerajaan gagal.

“Tetapi yakinlah dengan kerjasama pimpinan dalam kerajaan, swasta, rakyat dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) kita boleh menang dalam menghadapi peperangan ini,” katanya.

.

[Berita lanjut menyusul]

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.