fbpx
Now Reading
Mahkamah Rayuan Bebaskan Tengku Adnan Dari Tuduhan Kes Rasuah RM2 Juta

Mahkamah Rayuan Bebaskan Tengku Adnan Dari Tuduhan Kes Rasuah RM2 Juta

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor atau lebih dikenali sebagai Ku Nan, hari ini telah dilepaskan dan bebas daripada tuduhan rasuah, sabitan dan hukuman penjara 12 bulan serta denda RM2 juta oleh Mahkamah Rayuan.

Keputusan majoriti 2-1 oleh panel tiga hakim dengan Hakim Datuk Suraya Othman dan Hakim Ahmad Nasfy Yasin bersetuju manakala Hakim Datuk Abu Bakar Jais menentang dibuat berdasarkan keterangan Tan Sri Chai Kin Kong sebelum ini dan keterangan daripada pegawai siasatan SPRM, Saad Bordani yang mengesahkan sumbangan wang sumbangan tersebut adalah sumbangan politik.

Menerusi laporan Awani, Datuk Suraya sewaktu membaca keputusan berkata keputusan yang dibuat hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur sebelum ini terhadap Bekas Menteri Wilaya Persekutuan itu adalah terkhilaf dimana ia tidak memiliki arah yang jelas dan tersalah arah.

Terdahulu pada 21 Disember lalu, Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Mohamed Zaini Mazlan telah menjatuhkan hukuman penjara 12 bulan dan mengenakan denda RM2 juta, selepas Ku Nan, didapati bersalah di atas tuduhan rasuah.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.