fbpx
Now Reading
Sekolah Mula Dibuka Secara Berperingkat Mulai 1 September

Sekolah Mula Dibuka Secara Berperingkat Mulai 1 September

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Kerajaan hari ini mengumumkan sesi persekolahan secara bersemuka ditetapkan mulai 1 September ini secara berperingkat.

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menerusi kenyataan memaklumkan dengan keputusan ini, sesi Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) akan diteruskan sehingga 31 Ogos.

Difahamkan keputusan ini dibuat selepas KPM mengambil kira situasi semasa pandemik Covid-19 serta perbincangan bersama Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

“Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) ingin memaklumkan bahawa sesi PDPR akan diteruskan sehingga 31 Ogos 2021.

“Ketetapan ini terpakai kepada semua sekolah kerajaan, sekolah bantuan kerajaan, sekolah swasta dan insitutsi pendidikan yang berdaftar dengan KPM.

“KPM sentiasa bekerjasama rapat dengan Badan Bertindak Imunisasi Covid-19 (CITF) bagi memastikan kadar vaksinasi dalam kalangan guru, pentadbir dan kakitangan sokongan di sekolah dapat terus ditingkatkan,” tulis kenyataan itu lagi.

Menerusi kenyataan sama KPM memaklumkan sehingga 16 Julai, seramai 253,366 guru dan pentadbir (61.3 peratus) serta 10,876 orang kakitangan sokongan (46.33 peratus) menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Mengambil kira kadar tersebut, KPM membuat ketetapan pembukaan sekolah dibuka secara berperingkat untuk PdP bersemuka mulai 1 September.

Pihak mereka bagaimanapun akan  mengambil kira penilaian risiko oleh KKM dan MKN bagi melihat sekiranya terdapat keperluan untuk membuat perubahan terhadap tarikh tersebut.

Tambah KPM, mereka akan memaklumkan perincian lanjut mengenai pembukaan sekolah secara bersemuka selewat-lewatnya seminggu sebelum sekolah dibuka.

Foto : MalaysiaKini / Bernama

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.