Isu Dakwaan Suntik Vaksin Kosong, CITF Ambil Tindakan Tegas Jika Individu Terlibat Bersalah

Sejak beberapa hari lalu, tular di media sosial beberapa dakwaan dari orang awam yang mendakwa telah menerima suntikan vaksin kosong di tiga Pusat Pemberian Vaksin(PPV).

Antara lokasi yang tular berhubung isu tersebut adalah PPV Pandu Lalu Kem Lapantan Terbang Sg Petani, PPV MITEC dan PPV BACC (Bangi Avenue Convention Centre)

Memandang berat dakwaan-dakwan tersebut, Badan Bertindak Imunisasi Covid-19 (CITF) menerusi satu kenyataan hari ini memaklumkan sedang bekerjasama dengan Polis DiRaja Malaysia (PDRM) dan juga Angkatan Tentera Malaysia (ATM)

ATM siasat kes di PPV Sg. Petani

Menurut CITF, kes pertama iaitu di PPV Pandu Lalu Kem Lapangan Terbang Sg. Petani, yang berlaku pada 17 Julai kini disiasat oleh ATM.

Vaksinasi di PPV tersebut adalah untuk anggota ATM dan ahli keluarga mereka sahaja manakala vaksinasi dilaksanakan oleh petugas dari Rumah Sakit Angkatan Tentera (RSAT) di kem berkenaan.

Menurut mereka individu terlibat sudahpun dipanggil bagi untuk memberi penjelasann dan tindakan tatatertib telah diambil ke atas petugas vaksinasi tersebut.

Polis siasat ke di PPV MITEC dan BACC

Bagi kes di PPV MITEC dan BACC pula, ianya kini bawah siasatan polis. Bagi kes di MITEC pada 17 Julai, satu laporan polis telah dibuat oleh orang awam manakala kes di BACC dakwaan mengenai suntikan vaksin kosong telah dibuat pada 18 Julai dan laporan polis telah dilakukan oleh HCO terbabit.

Akan ambil tindakan tegas jika terbukti bersalah

Menurut kenyataan sama, CITF berkata pihaknya tidak akan teragak-agak untuk menamatkan perhidmatan petugas terlibat dan akan mengambil tindakan tegas mengikut undang-undang jika didapati mereka bersalah.

“Pihak Polis kini sedang menjalankan siasatan. Sebarang perkembangan mengenai perkara ini akan dimaklumkan oleh pihak berkuasa yang berkenaan.

“Sekiranya didapati bersalah CITF tidak akan teragak-agak untuk menamatkan perkhidmatan petugas yang terlibat dan mengambil tindakan tegas mengikut peruntukan undang-undang berkenaan perkara ini” kata kenyataan itu lagi.

Mereka dalam masa sama turut menyarankan orang ramai untuk melihat picagari sebelum dan selepas membuat suntikan bagi menambah keyakinan mereka bahawa dos dan suntikan vaksin telah diberikan seperti yang sepatutnya.

Recent Posts

  • Trending

“Siap Boleh Setting Brightness” – Wireman Kreatif Guna ‘Fan Regulator’ Jadi Suis Lampu [Video]

Cahaya lampu pendarflour itu boleh diubah mengikut mood di dalam rumah seperti ingin bersantai, bersembang…

4 mins ago
  • Trending

“Macam Cerita K-Drama”- Bapa Catat Setiap Perkembangan Anak Dalam Diari Jadi Contoh Buat Orang Ramai

Menerusi diari tersebut bapa Naufal turut berkongsi detik manisnya menyambut hari jadi pertama anaknya itu…

1 hour ago
  • Trending

“Allahu Sedihnya” – Ramai Sebak Lihat Warga Emas Jual Buah Potong Tepi Jalan Guna Basikal [Video]

Wanita warga emas itu dipercayai menjual buah potong yang siap dibungkus pada harga RM2.

1 hour ago
  • Trending

“Dalam Akaun Ada RM20” – Ibu Cuba Penuhi Permintaan Anak Mahu Beri Hadiah Kepada Guru Jadi Perhatian

Walaupun kekurangan wang, wanita yang dikenali sebagai Siti itu tetap membawa anaknya pergi ke kedai…

2 hours ago
  • Trending

Lelaki Tumpangkan Wanita & Anak Selepas Lihat Si Suami Tolak Motor Di Lebuh Raya Raih Pujian [Video]

Menurut Zufar, dia terlihat wanita dan anaknya itu sedang berjalan kaki manakala suami wanita berkenaan…

4 hours ago
  • Trending

Pelajar Beri Guru ‘Bouquet’ Sayur-Sayuran Tarik Perhatian Ramai [Video]

Menerusi video tersebut, kelihatan pelajar berkenaan seronok apabila guru menerima jambangan sayur-sayuran dengan gembira.

5 hours ago