fbpx
Now Reading
Pendaftaran Vaksin Untuk Kanak-Kanak dan Remaja Kini DiBuka

Pendaftaran Vaksin Untuk Kanak-Kanak dan Remaja Kini DiBuka

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Pendaftaran untuk mendapat suntikan vaksin Covid-19 bagi kanak-kanak berusia 12 tahun ke atas kini telah dibuka menerusi aplikasi MySejahtera.

Perkara tersebut disahkan oleh Badan Bertindak Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (CITF) pada Rabu.

Menerusi laporan Berita Harian, ianya selepas penggunaan vaksin Comirnaty yang dihasilkan Pfizer-BioNTech mendapat kelulusan oleh Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) bagi golongan berkenaan.

Cara mendaftar?

Pendaftaran bagi kategori ini boleh dibuat menerusi ruangan ‘Add Vaccine Dependent’ yang terdapat dalam tab ‘Vaccination’ di dalam aplikasi MySejahtera.

Anda kemudian perlu memasukkan nama, hubungan, nombor MyKad, umur, jantina serta alamat.

Menerusi laporan Sinar Harian, bagi peringkat permulaan hanya pelajar yang lahir pada 2003 dan akan menyambung pelajaran ke luar negara diberikan keutamaan.

“Selain itu, kanak-kanak dan remaja yang mempunyai komorbiditi juga menjadi keutamaan untuk mendapatkan vaksin Covid-19,” katanya.

Terdahulu tular di aplikasi WhatsApp yang menyebut pendaftaran pengambilan vaksin terhadap kanak-kanak sudah mula dibuka dimana turut disertakan beberapa langkah untuk memudahkan penjaga membuat pendaftaran terhadap tanggungan mereka.

Sebagai rekod, MySejahtera sebelum ini hanya membenarkan penggunanya untuk menambah tanggungan ahli keluarga yang berumur 18 tahun dan ke atas sahaja.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.