Tahniah! Aaron Chia & Soh Wooi Yik Raih Pingat Gangsa Tumpaskan Jaguh Beregu Indonesia

Tahniah kami ucapkan kepada pemain beregu lelaki badminton negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik yang berjaya memperoleh pingat pertama negara dalam Olimpik Tokyo 2020 selepas menudukkan pasangan beregu dari Indonesia, Muhammad Ahsan dan Hendra Setiawan.

Meskipun terpaksa berhempas pulas hingga ke set penentuan selepas tewas di set pertama, beregu no 1 negara itu dilihat enggan menyerah sebelum bangkit memenangi set ke-2 dan akhirnya menumpaskan beregu negara jiran tersebut sekaligus ditabalkan pemenang pingat gangsa.

Kejayaan merangkul pingat pertama negara negara ini pasti menjadi kenangan manis mereka memandangkan ini merupakan acara Olimpik pertama mereka selain status beregu Indonesia tersebut sebagai beregu no 2 terbaik dunia.

Mereka sebelum itu sudahpun membuat kejutan apabila menewaskan regu no 1 dunia, juga dari Indonesia Marcus Gideon dan Kevin Sanjaya Sakalmunjo pada saingan suku akhir sebelum kecundang di tangan beregi China LI Jun Hui dan LIU Yu Chen untuk penentuan ke Final.

Dapat ucapan tahniah dari Menteri Belia & Sukan

Berita kemenangan Aaron dan Woii Yik turut dikongsikan Menteri Belia & Sukan, Datuk Seri Reezal Merican di akaun instagramnya.

“Tahniah Aaron dan Wooi Yik atas kalungan pingat gangsa selepas menewaskan pasangan ranking ke-2 dunia dari Indonesia dalam perlawanan bronze medal match mereka di temasya sukan Olimpik Tokyo 2020.

“Alhamdulillah. Rezeki hari kesembilan temasya ini akhirnya menghadirkan pingat pertama buat negara.

Walaupun tidak berjaya mempertahankan pingat perak yang dimenangi oleh pasangan Goh V Shem – Tan Wee Keong di Rio 2016, namun kesungguhan Aaron – Wooi Yik cukup membanggakan” kata beliau menerusi ruangan kapsyen.

Syed Saddiq turut ucap tahniah

Bekas Menteri Belia & Sukan, YB Syed Saddiq turut dilihat menzahirkan ucapan tahniah beliau kepad pasangan berkenaan di akaun instagramnya.

“Alhamdulillah Malaysia Boleh!!! Regu Aaron Chia/Soh Wooi Yik berjaya memberi pingat Olimpik kepada negara!

“Terima kasih dari rakyat Malaysia! ” tulisnya di instagram.

Foto Header: Team Malaysia/UNIFI

Recent Posts

  • News
  • Trending

Mahkamah Persekutuan Tolak Rayuan, Kekal Status Islam Seorang Wanita

Wanita itu sebelum ini berjaya mendapat pengisytiharan bahawa dia bukan beragama Islam setelah memfailkan saman…

13 hours ago
  • Trending

Kedudukan Malaysia Merosot Dalam Indeks Kebebasan Media, Bukan Lagi Nombor 1 Di ASEAN

Prestasi Malaysia dalam Indeks Kebebasan Media Dunia 2024 menunjukkan penurunan dari 62.83 mata kepada 52.07…

13 hours ago
  • Trending

“Seumpama Penzina” – Ustaz Jafri Tegur Wanita Pakai Minyak Wangi Untuk Tarik Perhatian Lelaki [Video]

Menerusi tangkap layar dikongsi pendakwah bebas itu, kelihatan seorang perempuan berjalan bersebelahan sekumpulan lelaki bagi…

13 hours ago
  • Trending

“Macamtu Je Member Kau Cabut” – Tular Lelaki Lari Lintang Pukang Dikejar Polis Di Klang [Video]

Menurut KPD Klang Utara, kedua-dua mereka bukan warganegara, tetapi mempunyai dokumen perjalanan yang sah.

14 hours ago
  • Hiburan
  • Trending

“Saya Tak Dapat Jawapan Itu” – Aliff Aziz Tidak Tahu Kenapa Selalu Curang [Video]

Menerusi video podcast tersebut, Aliff yang juga pelakon itu mengakui perlukan bantuan daripada pihak lain…

15 hours ago
  • Trending

“Risau Dicuri” – Lecturer Benarkan Pelajar Letak Basikal Dalam Kelas Raih Pujian Ramai [Video]

Pensyarah itu juga dilihat membantu membukakan pintu agar pelajar terbabit dapat menolak masuk basikalnya ke…

16 hours ago