fbpx
Now Reading
UMNO Umum Tarik Sokongan Kepada Kerajaan PN

UMNO Umum Tarik Sokongan Kepada Kerajaan PN

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Umno hari ini mengumumkan pendirian mereka berpihak kepada Yang di-Pertuan Agong  dan menarik balik sokongan kepada kerajaan Perikatan Nasional (PN) serta Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Perkara tersebut diumumkan Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dalam satu sidang akhbar dan menerusi satu kenyataan media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO yang berlangsung selama maya hari ini.

Menurut Zahid, keputusan itu selaras dengan Fasal 3.3 Perlembagaan parti itu mengenai sokongan kepada Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Utama Negara.

“Kenyataan terbaru PM hari ini tidak menjernihkan masalah bahkan menyerlah kekhilafan Kerajaan yang jelas telah mempersendakan baginda yang hakikatnya sudah beberapa kali menitahkan untuk semua Ordinan Darurat dibahaskan dan diungkaikan sebelum 1 Ogos lagi bukan September 2021.

Zahid dalam masa sama turut meminta Muhyiddin untuk meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri secara terhormat.


“Bagi menzahirkan kesetiaan tidak berbelah bahagi kepada KDYMM Yang Dipertuan Agong makan, Majlis Kerja Tertinggi sebulat suara bersepakat menarik balik sokongan terhadap Kerajaan Perakatan Nasional dan Tan Sri Dato Haji Mahiaddin Bin Hj Md Yassin selaku Perdana Menteri.

“Tan Sri Dato Haji Mahiaddin Bin Hj Md Yassin mesti mengambil tanggungjawab atas kegagalan dan keingkaran Kerajaan kepimpinan beliau yang menyanggah tidah KDYMM Yang Dipertuan Agong dengan meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri secara terhormat”

Jelas Zahid lagi, dia akan mempersembahkan surat akuan kepada Yang di-Pertuan Agong bagi menzahirkan penarikan sokongan kepada  Muhyiddin  dan Kerajaan PN.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.