fbpx
Now Reading
Isu Guru Didakwa Jenaka Rogol : “Tiada Tindakan Lanjut” – Polis

Isu Guru Didakwa Jenaka Rogol : “Tiada Tindakan Lanjut” – Polis

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Seorang guru yang didakwa bergurau keterlaluan seolah-olah menggalakkan pelajarnya melakukan perbuatan rogol tidak diambil tindakan lanjut oleh polis yang selesai menjalankan siasatan.

Menerusi laporan Sinar Harian, Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan Shafa’aton Abu Bakar memaklumkan pihaknya menerima notis tiada tindakan lanjut (NFA) daripada Timbalan Pendakwa Raya berhubung kes tersebut.

“Saya difahamkan Timbalan Pendakwa Raya mengeluarkan arahan NFA berhubung kes berkenaan,” katanya.

Menerusi laporan Malaysiakini, keputusan tersebut diambil Timbalan Pendakwa Raya pada 6 Jun yang lalu.

Kes ini mula menjadi perhatian selepas media tempatan melaporkan seorang guru subjek pendidikan jasmani di sebuah sekolah didakwa bergurau keterlaluan seolah-olah menggalakkan pelajarnya melakukan perbuatan rogol dalam sesi pendidikan itu.

Seorang pelajar perempuan berusia 17 tahun, Ain Husniza mendakwa pada mulanya kelas dan pembelajaran berjalan lancar dimana mereka berbincang mengenai kesedaran gangguan seksual serta cara-cara menjaga diri ketika menghadapi gangguan tersebut.

Namun dia mendakwa guru lelaki itu kemudian bergurau dan mula bercakap lucah. Perkara tersebut kemudian mula tular sehingga menjadi topik hangat perbebatan dikalangan netizen.

Semalam, dia mendedahkan telah menerima satu surat tuntutan dimana salah satunya tindakan saman RM1 juta selepas didakwa mengeluarkan kenyataan berunsur fitnah.

Baca artikel berkaitan :

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.