fbpx
Now Reading
Isu Jenaka Kontena Mayat, MB Kedah Mohon Maaf Pada Mereka Yang Tersinggung

Isu Jenaka Kontena Mayat, MB Kedah Mohon Maaf Pada Mereka Yang Tersinggung

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Semalam nama Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor sekali lagi menjadi topik perbalan netizen selepas beliau mengeluarkan satu kenyataan yang disifatkan kurang sensitif dengan apa yang sedang berlaku di dalam negara.

Beliau menerusi satu sidang media difahamkan pada mulanya diajukan soalan oleh seorang wartawan mengenai jumlah kontena penyimpanan mayat di Kedah adakah ianya mencukupi.

Namun sewaktu memberikan jawapan, beliau secara berseloroh menjawab ‘kontena jenazah mencukupi, siapa nak masuk, bagi nama.’

Video tersebut kemudiannya mula tular di media sosial sehingga mengundang kemarahan orang ramai.

Kenapa boleh gurau benda macam ni

Mohon maaf atas keterlanjuran

Terbaharu hari ini, Sanusi sewaktu sidang media ketika melawat Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Outreach Institut Pengajian Tinggi (IPT) Universiti Utara Malaysia (UUM) tampil memohon maaf di atas keterlanjurannya berhubung isu tersebut.

Menerusi laporan Kosmo! Sanusi menjelaskan gurauannya telah diambil di luar konteks ketika beliau tidak berniat untuk bergurau dengan semua orang.

Sebaliknya ia hanya ditujukan kepada wartawan di negeri tersebut yang sudah dianggap sebagai sehagian dari keluarganya didalam kerjayanya malah sudah memahami karakter beliau sebelum ini.

“Kan saya ini suka bergurau, tetapi gurauan semalam itu agak kasar. Jadi saya nak maklumkan bahawa saya bergurau dengan wartawan yang telah dianggap sebagai ahli keluarga dan adik-adik saya.

“Mereka (wartawan) tahu bagaimana karakter saya yang suka bergurau. Tetapi oleh kerana ada pihak tersinggung dan terasa hati dengan gurauan itu, saya ambil kesempatan ini untuk memohon maaf,” katanya.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.