
Siti Sarah Selamat Dikebumikan Di Sungai Pusu Gombak
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Jenazah penyanyi Allahyarhman Siti Sarah atau nama penuhnya Siti Sarah Binti Raissuddin selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sungai Pusu, Gombak sekitar 1.30 tengahari tadi.
Urusan pengebumian Sarah disempurnakan petugas yang lengkap dengan peralatan perlindungan diri (PPE) manakala ahli keluarga terdekat hanya dapat melihat dari jauh.
Namun dipercayai ada dikalangan ahli keluarga terdekat yang lengkap dengan PPE antaranya Shuib turut menyertai urusan pengebumian berkenaan.
Siaran langsung sewaktu perjalanan detik terakhir awak hingga selesai pengebumian turut dikongsikan beberapa portal media antaranya Malaysia Gazette.
Shuib & beberapa ahli keluarga dibenar solat jenazah
Terdahulu suaminya, Shuib bersama beberapa ahli keluarga diberi peluang untuk menunaikan solat jenazah isterinya di Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Universiti Kebangsaan Malaysia, UKM (HCTM) dengan syarat menggunakan peralatan perlindungan diri (PPE) sewaktu solat jenazah dilakukan.
Shuib sebelum itu meluahkan rasa syukur kerana Arwah isterinya diberi peluang untuk dikebumikan di tanah perkuburan yang sama dengan ibunya.
Terdahulu, Siti Sarah, 37, disahkan meninggal dunia di Unit Rawatan Rapi (ICU) HCTM pada jam 5.13 pagi, hari ini.
Sama-sama kita sedekahkan al-fatihah buat allahyarhamah Siti Sarah Raisuddin