fbpx
Now Reading
Gegaran Di KL & Selangor Berpunca Dari Gempa Bumi Di Sumatera

Gegaran Di KL & Selangor Berpunca Dari Gempa Bumi Di Sumatera

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

https://twitter.com/ChairmanGLC/status/1425333371379408905?

Tengahari tadi warga Kuala Lumpur & Selangor dikejutkan dengank keadaan gegaran yang berlaku dalam beberapa saat. Ianya lebih dirasai oleh mereka yang berada di dalam bangunan tinggi.

Segelintir dari mereka kemudiannya berkongsikan pengalaman mereka di media sosial.

Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia, gegaran yang dirasai tersebut sebenarnya berpunca daripada gempa bumi sederhana bermagnitud 5.6 pada skala Richter yang berlaku di Utara Sumatera, Indonesia sekitar 1.19 tengah hari tadi.

Menerusi kenyataan sama, pusat gempa bumi tersebut berlaku pada kedudukan 18 kilometer (KM) dari Padang Sidempuan ,Indonesia dengan kedalaman 19 KM.tw

Namun menurut Met Malaysia lagi, tiada ancaman Tsunami kepada Malaysia.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.