fbpx
Now Reading
Sultan Johor Beri Amaran Akan Bubarkan DUN Jika Wakil Rakyat Terus Bertelagah

Sultan Johor Beri Amaran Akan Bubarkan DUN Jika Wakil Rakyat Terus Bertelagah

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

DYMM Sultan Johor Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, hari ini bertitah Baginda sama sekali tidak akan teragak-agak untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor jika berlaku keadaan yang menjatuhkan kerajaan Baginda sekarang.

“Saya rasa tidak perlu ada wakil rakyat jika masing-masing hanya fikirkan tentang kedudukan sendiri, bukannya kepentingan rakyat.

“Apabila wabak Covid-19 telah terkawal, saya akan serahkan kepada rakyat untuk memilih ahli dewan yang baru, selepas ini pilihlah betul-betul pemimpin yang jujur dan ikhlas mahu berkhidmat untuk rakyat,”  kata Sultan Ibrahim dalam ucapan merasmikan pembukaan DUN Johor hari ini.

Berangkat sama kesana adalah Tunku Mahkota Tunku Ismail dan Tunku Temenggong Johor Tunku Idris.

Baginda turut menasihatkan semua Ahli Dewan supaya menggunakan sesi persidangan kali ini untuk berbincang dan menyusun pelan tindakan bagi menolong rakyat dan membangunkan semula ekonomi Johor dan tidak membawa usul yang tidak berkenaan.

“Ahli-Ahli Dewan tidak perlu berbahas atau membawa usul yang tidak berkenaan. Awak semua jangan pentingkan diri sendiri.

“Rakyat di luar sana tengah susah, ada yang kelaparan, ada yang hilang pekerjaan dan ada juga yang sedang bertarung nyawa akibat wabak COVID-19.

“Ini bukannya masa untuk berbalah, tetapi ini adalah masa untuk bersatu dan bekerjasama. Jangan tanya kepada orang lain apa yang telah dibuat untuk bantu rakyat, tetapi lihatlah cermin muka sendiri,” titah Baginda Tuanku Sultan.

Titah Sultan Ibrahim lagi, Dewan Negeri sebelnya adalah tempat untuk berbincang dan membuat ketetapan bagi kepentingan rakyat serta negeri Johor.

“Jangan cemarkan Dewan saya ini dengan perangai yang buruk. Ini adalah dewan yang mulia bukannya dewan sangkar beruk.

“Ingat pesanan saya Tuan Speaker. Jalankan kerja baik-baik dan suka juga saya ingatkan, yang saya tidak akan melayan permainan politik mana-mana wakil rakyat yang terus bertelagah sampai menganggu-gugat negeri dan kerajaan saya,” titah Baginda lagi.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.