fbpx
Now Reading
Kedai Gunting Rambut & Carwash Antara 11 Aktiviti Ekonomi Dibenar Kembali Beroperasi Mulai 16 Ogos

Kedai Gunting Rambut & Carwash Antara 11 Aktiviti Ekonomi Dibenar Kembali Beroperasi Mulai 16 Ogos

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mengumumkan kebenaran kembali beroperasi untuk 11 aktiviti ekonomi bagi negeri di Fasa 1 Pelan Pemulihan Negara (PPN), berkuat kuasa esok, 16 Ogos.

Jelas Muhyiddin, kemudahan itu boleh dilaksanakan di semua negeri Fasa 1 dan Fasa 2, dengan syarat vaksinasi lengkap penduduk dewasa di negeri berkenaan sudah mencapai sekurang-kurangnya 50 peratus.

Kesemua sektor ekonomi yang kini dalam senarai boleh beroperasi adalah seperti berikut:

1.Kedai cuci kereta
2.Kedai elektrik dan elektronik
3.Kedai barangan rumah dan peralatan dapur
4.Kedai perabot
5.Kedai peralatan sukan
6.Kedai aksesori kereta
7.Pusat pengedaran dan jualan kereta
8.Kedai pakaian, fesyen dan aksesori
9.Kedai barang kemas
10.Kedai gunting rambut dan pusat/salun kecantikan (Perkhidmatan gunting rambut asas sahaja)



Namun Perdana Menteri menerusi kenyataan tersebut turut menjelaskan mana-mana pelangggan yang ingin memanfaatkan kemudahan yang diumumkan itu juga mestilah sudah menerima vaksinasi lengkap dengan menunjukkan sijil digital vaksinasi covid-19 sebagai syarat untuk memasuki premis.

Pembukaan 11 Ekonomi Tambahan di Fasa 2

Selain 11 aktiviti ekonomi tersebut, kerajaan turut membenarkan pembukaan 11 lagi sektor ekonomi tambahan untuk negeri-negeri di Fasa 2 PPN iaitu :

1.Kedai barang fotografi dan perkhidmatan fotografi
2.Kedai barangan terpakai
3.Kedai bunga dan nurseri
4.Kedai Kraftangan dan cenderahati
5.Kedai antik
6.Kedai alat permainan
7.Kedai permaidani
8. Kedai kandungan kreatif dan peralatan industri kreatif
9.Kedai peralatan outdoor (termasuk barang perkhemahan, memancing dll)
10.Kedai kosmetik,penjagaan kulit dan minyak wangi
11.Kedai tembakau termasuk vape dan rokok elektronik

Sama seperti di Fasa 1, semua aktiviti ini dibenarkan kembali beroperasi mulai 16 Ogos 2021.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.