fbpx
Now Reading
[Terkini] Agong Berkenan Peletakan Jawatan Tan Sri Muhyiddin, Lantik Beliau Sebagai ‘Caretaker’ Perdana Menteri

[Terkini] Agong Berkenan Peletakan Jawatan Tan Sri Muhyiddin, Lantik Beliau Sebagai ‘Caretaker’ Perdana Menteri

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah memberi perkenan burhubung peletakan jawatan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri ke-8.

Ekoran dari perletakan jawatannya itu, baginda bagaimanapun telah memberi perkenan untuk melantik Muhyiddin untuk menjalankan tugas sebagai caretaker Perdana Menteri sehingga Perdana Menteri baharu dilantik.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja Datuk Indera Ahmad Fadil Shamsuddin menerusi kenyaatan Istana Negara berkata perkara tersebut selaras dengan Perkara 40 (2)(a) Perlembagaan Persekutuan.

“Pada sesi menghadap YAB Perdana Perdana Menteri yang berlangsung selaam 30 minit, Seri Paduka Baginda telah berkenan menerima surat peletakan jawan YAB Tan Sri Mahiaddin bin Md. Yassin sebagai Perdana Menteri dan jawatan seluruh Jemaah Menteri dengan serta-merta berkuat kuasa pada hari ni.

“Susulan dari peletakan jawatan ini, Seri Paduka Baginda telah berkenan supaya YAB Tan Sri Mahiaddin bin Md. Yasin menjalankan tugas sebagai caretaker Perdana Menteri sehingga Perdana Menteri baharu dilantik” tulis kenyataan itu lagi.

Pilihanraya bukan pilihan terbaik

Dalam pada itu Seri Paduka Baginda turut berkenan menerima sembah maklum dari Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya dimana sehingga 10 Ogos 2021, 484 dari sejumlah 613 kawasan DUN (79%) adalah kawasan zon merah Covid-19 selain fasiliti kesihatan negara berada pada situasi yang membimbangkan.

Justeru pada hemat baginda, pelaksanaan Pilihanraya Umum ke-15 bukan satu pilihan yang terbaik atas faktor kemaslahatan dan keselamatan rakyat.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.