
Tiada Aktiviti Pembalakan Di Hutan Simpan Gunung Jerai – MB Kedah
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor sebentar tadi menafikan dakwaan yang tular di laman sosial, yang mengaitkan banjir kilat petang tadi di kawasan persekitaran Hutan Simpan Gunung Jerai berpunca dari aktiviti pembalakan.
Jelasnya, tiada aktiviti pembalakan di Hutan Simpan Gunung Jerai berikutan kawasan itu diwartakan sebagai Hutan Perlindungan.
“Sebagaimana sedia maklum, berlaku musibah banjir kilat petang tadi di kawasan persekitaran Hutan Simpan Gunung Jerai.
“Untuk makluman, tiada aktiviti pembalakan di Hutan Simpan Gunung Jerai kerana hutan simpan itu diwartakan sebagai Hutan Perlindungan,” kata Muhammad Sanusi.

“Difahamkan, kejadian banjir kilat itu disebabkan fenomena kepala air yang berlaku di kawasan puncak Gunung Jerai,” katanya.
Beliau dalam masa sama tidak menolak fenomena kepala air yang besar boleh menyebabkan pokok tumbang dan dihanyutkan arus hingga ke sungai.

Kejadian banjir kilat yang berlaku akibat hujan lebat petang tadi mengakibatkan beberapa kawasan dinaiki air sehingga paras 1.5 meter.
Selain itu, berlaku juga kejadian tanah runtuh di Gunung Jerai yang mengakibatkan beberapa individu cedera manakala beberapa orang lagi dilaporkan terperangkap di atas gunung tersebut.
Baca artikel berkaitan :