Pernah Tular Beri Nasihat Agar Orang Ramai Patuh SOP, Adik Aming Tawau Meninggal Dunia

Mereka yang selalu melayari media sosial pasti perasan kelibat  seorang kanak-kanak  dari Sabah, Adik Aming yang sering tampil memberikan nasihat dan pesanan menerusi video yang dikongsikannya.

Video-video nasihatnya yang disifatkan comel selain kepetahannya berkata-kata menggunakan loghat Sabah pasti membuatkan sesiapa sahaja terhibur.

Antarnya videonya yang paling mencuri tumpuan tidak lain dan tidak bukan, video nasihat tentang SOP dan memakai mask.

Namun khabar duka yang diterima hari ini apabila Adik Aming, atau nama penuhnya Muhammad Aming Salleh Abdullah, 8 tahun disahkan meninggal dunia pada awal pagi tadi.

Meninggal dunia sekitar .130 pagi

Menerusi laporan Sinar Harian, ibu Aming, Santi memaklumkan anaknya itu mengadu mengalami sesak nafas sekitar jam 1.30 pagi sebelum meninggal dunia.

Namun arwah Aming sebelum itu berada dalam keadaan yang baik dan sihat tanpa a-apa-apa penyakit mahupun dijangkiti Covid-19.

“Tiada juga apa-apa, cuma dia makan mi segera saja kemudian sesak nafas. Saya sangka dia biasa-biasa saja, sebab anak saya tidak sakit.

“Sempat lagi dia angkat barang-barang saya, azan dan solat,” katanya.

Sempat beri nasihat untuk tutup aurat

Tambah Santi, Aming yang merupakan anak bongsunya turut sempat menitip pesanan kepadanya agar menutup aurat.

“Sebelum meninggal dunia, sempat lagi dia berpesan kepada saya, tutup rapat-rapat aurat supaya bapa tidak menanggung dosa.

“Saya tidak sangka anak saya pergi begitu saja, sebelum dia meninggal, saya dan suami ada di sisinya,” luahnya dengan hiba.

Hasil carian kami di akaun Facebook Adik Aming sendiri, pihak keluarga baru sahaja mengadakan video penstriman langsung memperlihatkan jenazah anak kecil itu tu sedang diuruskan di kediaman keluarganya yang terletak di Tawau, Sabah.

Inna lillahi wa inna ilayhi rajiun .. Takziah kami ucapkan kepada ibu bapa dan keluarga Adik Aming.. semoga tabha mengahdapi ujian ini

Recent Posts

  • News
  • Trending

Mahkamah Persekutuan Tolak Rayuan, Kekal Status Islam Seorang Wanita

Wanita itu sebelum ini berjaya mendapat pengisytiharan bahawa dia bukan beragama Islam setelah memfailkan saman…

12 mins ago
  • Trending

Kedudukan Malaysia Merosot Dalam Indeks Kebebasan Media, Bukan Lagi Nombor 1 Di ASEAN

Prestasi Malaysia dalam Indeks Kebebasan Media Dunia 2024 menunjukkan penurunan dari 62.83 mata kepada 52.07…

28 mins ago
  • Trending

“Seumpama Penzina” – Ustaz Jafri Tegur Wanita Pakai Minyak Wangi Untuk Tarik Perhatian Lelaki [Video]

Menerusi tangkap layar dikongsi pendakwah bebas itu, kelihatan seorang perempuan berjalan bersebelahan sekumpulan lelaki bagi…

28 mins ago
  • Trending

“Macamtu Je Member Kau Cabut” – Tular Lelaki Lari Lintang Pukang Dikejar Polis Di Klang [Video]

Menurut KPD Klang Utara, kedua-dua mereka bukan warganegara, tetapi mempunyai dokumen perjalanan yang sah.

1 hour ago
  • Hiburan
  • Trending

“Saya Tak Dapat Jawapan Itu” – Aliff Aziz Tidak Tahu Kenapa Selalu Curang [Video]

Menerusi video podcast tersebut, Aliff yang juga pelakon itu mengakui perlukan bantuan daripada pihak lain…

3 hours ago
  • Trending

“Risau Dicuri” – Lecturer Benarkan Pelajar Letak Basikal Dalam Kelas Raih Pujian Ramai [Video]

Pensyarah itu juga dilihat membantu membukakan pintu agar pelajar terbabit dapat menolak masuk basikalnya ke…

3 hours ago