fbpx
Now Reading
Bonnie Hadiahkan Pingat Emas Pertama Malaysia Di Paralimpik Tokyo, Siap Pecah Rekod Baharu

Bonnie Hadiahkan Pingat Emas Pertama Malaysia Di Paralimpik Tokyo, Siap Pecah Rekod Baharu

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

 Jaguh powerlifting para negara, Bonnie Bunyau Gustin hari ini memberikan senyuman bermakna buat Kontinjen Paralimpik Tokyo 2020 negaara apabila menghadiahkan pingat emas pertama bua Malaysia menerusi acara powerlifting bawah 72 kilogram (kg).

Bukan setakat itu sahaja, Bonnie turut berjaya mencatatkan rekod baharu Sukan Paralimpik apabila berjaya mengangkat bebanan angkatan seberat 228 kilogram (kg) pada percubaan ketiga dalam aksi final di Tokyo International Forum, Jepun sebentar tadi.

Ia sekali gus memadam rekod 227kg yang sesebelum ini dilakukan atlet Iraq, Rasool Mohsin 227 kg pada temasaya di Rio de Janeiro.

Cubaan atlet berusia 22 tahun dari Sarawak itu untuk memecahkan rekod dunia 231 kg yang dipegangnya sejak Jun lalu bagaimanapun pidak kesampaian selepas gagal mengangkat bebanan angkatan 231kg pada percubaan keempat.

Tahniah kami ucapkan kepada Bonnie!!

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.