
Myvi Putih Dihanyut Arus Deras Di Inanam, Sabah Ditemukan Awal Pagi Tadi [Video]
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Sejak semalam tular di media sosial satu rakaman dashcam memperlihatkan sebuah Perodua Myvi dihanyutkan arus deras di Jalan Kionsom Lama, Inanam selepas cubaannya meredah kawasan banjir tidak menjadi.
Menerusi laporan media tempatan, terdapat dua mangsa yang berada di dalam kereta tersebut namun tiada maklumat tepat mengenai keadaan kedua-duanya selepas kereta tersebut ‘hilang’ dari pandangan.
Terbaru pagi tadi, Pusat Gerakan Operasi JBPM Sabah memaklumkan kereta tersebut berjaya ditemukan oleh anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah dan orang awam pada sekitar 7.20 pagi kira-kira 200 meter dari lokasi ia dilapor hanyut.
Video penemuan kereta tersebut turut dikongsikan portal Deasoka secara langsung menerusi Facebook mereka.
Identiti mangsa sudah dikenalpasti
Difahamkan, dua mangsa yang berada didalam kereta tersebut sudah pun dikenal pasti iaitu iatu pemandu kereta, Simon Sanga Tupe, 68 dan penumpang dikenali sebagai Juning Maturun, 37.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat BBP Lintas, Agustavia Joe Guasi sebelum itu berkata, mayat salah seorang dari mangsa masih berada di dalam kereta.
Mayat penumpang ditemui didalam kereta
Menerusi live tersebut, kereta berkenaan sudahpun berjaya di bawa keluar dan mangsa pertama iaitu Juning berjaya ditemui didalam kereta. Mayatnya kemudin telah diserahkan kepada pihak polis.
Namun anggota penyelamat ketika ini masih menjalakan operasi bagi mencari mangsa kedua.
“Sebaik sahaja kenderaan itu berjaya dibawa keluar, kita menemukan seorang penumpang lelaki, Juning Maturun,37, yang berasal dari Kampung Kionsom lama.
“Seorang lagi mangsa iaitu pemandu, Simon Sanga Tupe, 68, masih belum ditemukan. Operasi mencari dan menyelamat mangsa kedua diteruskan,” katanya.