fbpx
Now Reading
Pemandu Lori Hilang Kawalan Rempuh 5 Kenderaan di Sentul Disahkan Positif Dadah [Video]

Pemandu Lori Hilang Kawalan Rempuh 5 Kenderaan di Sentul Disahkan Positif Dadah [Video]

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sejak petang tadi tular di media sosial rakaman dashcam memperlihatkan sebuah lori pasir tanpa muatan gagal mengawal kenderaan sehingga merempuh 7 buah kenderaan di Sentul.

Menerusi rakaman dashcam tersebut, kemalangan yang berlaku di  persimpangan lampu isyarat Jalan Ipoh, terjadi pada jam 2.30 menyebabkan sebuah Perodua Myvi hancur manakala enam lagi kenderannnya lainnya remuk.

Rakaman dash cam depan

Dash cam belakang

Mulanya disangkakan masalah brek

Memetik laporan Bernama, lori berkenaan dipercayai mengalami masalah brek sehingga menyebabkannya hilang kawalan lalu merempuh kesemua kereta tersebut yang sedang berhenti di lampu isyarat berkenaan.

Memandu lori bawah pengaruh dadah

Namun terbaharu, Utusan melaporkan Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komsioner Sarifudin Mohd Salleh berkata pemandu lori tersebut sebenarnya memandu dibawah pengaruh dadah.

Bukan 7 kenderaan tapi 5 yang dirempuh

Menerusi kenyataan sama, jumlah kenderaan yang dirempuh juga sebenarnya adalah lima iaitu dua buah Perodua Myvi, Proton X70, Honda HRV dan Peugeot 208 FL .

“Siasatan awal dilakukan mendapati lori berkenaan dipandu seorang lelaki berusia 25 tahun dari arah Jalan Duta menghala ke Sentul.

“Sebaik tiba di lokasi kejadian, lori terbabit gagal dikawal dan merempuh dengan laju lima kenderaan lain yang sedang berhenti di lampu isyarat,”  kata Sarifudin yang turut memaklumkan pemandu myvi kuning yang remuk turut mengalami kecederaan ringan di bahagian muka dan mendapatkan rawatan di zon hijau Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Pemandu lori tidak cedera dan ditahan sebelum disahkan positif dadah

Mengulas lebih lanjut, Sarifuddin berkata pemandu lori berkenaan pada mulanya ditahan dan dibuat ujian alkohol. 

Namun hasil dari ujian awal alkohol mendapati pemandu tidak dalam pengaruh alkohol. Dia seterusnya di bawa ke Ibu Pejabat Polis Dang Wangi untuk ujian saringan air kencing sebelum didapati positif dadah jenis Methamphetamine dan Amphetamin. 

“Hasil ujian awal alkohol dilakukan mendapati pemandu tidak dalam pengaruh alkohol.

“Suspek kemudian dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi untuk ujian menjalani ujian saringan awal air kencing yang didapati positif dadah jenis methamphetamin dan amphetamin,” katanya.

“Siasatan diklasifikasikan di bawah Sek 44 (1A) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Orang ramai yang mempunyai sebarang pertanyaan atau pun maklumat boleh menghubungi Balai Polis Trafik Jalan Tun H.S Lee di talian 03-2071 9999 atau Hotline JSPT Kuala Lumpur di talian 03-20260267/ 69 atau mana- mana balai berdekatan,” jelasnya.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.