fbpx
Now Reading
Tujuh Remaja Sesat Di Gunung Hitam, Hulu Langat Selamat Dibawa Turun

Tujuh Remaja Sesat Di Gunung Hitam, Hulu Langat Selamat Dibawa Turun

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sejak semalam tular mengenai kehilangan 7 remaja berusia 18 tahun yang sedang beriadah di Gunung Hitam, Sg Lui, Hulu Langat.

Difahamkan kesemua mangsa yang berasal dari Lembah Klang dipercayai melakukan pendakian melalui trek Kem Sungai Lawing untuk mandi sungai namun tersesat dan terkandas di lereng bukit selepas hujan lebat.

Nasib mereka boleh dikatakan baik apabila lokasi mereka tersesat masih mempunyai liputan lalu seorang dari mereka kemudiannya bertindak menghubungi talian kecemasan.

Sehubungan itu, 36 Anggota pasukan mencari & menyelamat (SAR) yang terdiri dari pasukan Bomba, serta lima penduduk tempatan kemudian memulakan pencarian pada jam 9.30 malam tadi.

Foto : Bernama TV

Dijumpai pada jam 1.51 pagi, 500 meter dari tapak perkhemahan

Menurut Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis, pasukan mencari dan menyelamat (SAR) kemudiannya berjaya menemui kesemua mereka dalam keadaan selamat pada jam 1.51 pagi Isnin kira-kira 500 meter daripada tapak perkhemahan mereka.

“Kejadian melibatkan tujuh remaja berusia 18 tahun sesat di hutan ketika beriadah. Kesemua mangsa dapat dihubungi melalui talian telefon dan dimaklumkan tidak mengalami kecederaan.

Foto : Sinar Harian

Selamat dibawa turun pada jam 5.59 pagi

Tambah beliau lagi mereka kemudiannnya berjaya dibawa turun pada jam 5.59 pagi selepas 4 jam usaha untuk membawa turun mangsa mengambil masa sekitar tiga hingga empat jam.

Kesemua mangsa ditemui dalam keadaan selamat pada jam 1.51 pagi dan berjaya dibawa turun pada jam 5.59 pagi tadi,” katanya dalam kenyataan, hari ini


© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.