fbpx
Now Reading
KL dan Putrajaya Beralih Ke Fasa 2 PPN Mulai 10 September – Menteri Wilayah

KL dan Putrajaya Beralih Ke Fasa 2 PPN Mulai 10 September – Menteri Wilayah

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya akan beralih ke Fasa 2 Pelan Pemulihan Negara (PPN) mulai Jumaat ini, 10 September 2021.

Perkara itu diumumkan Menteri Wilayah Persekutuan, Dato’ Seri Dr. Shahidan Kassim menerusi sidang akhbar petang tadi.

Menerusi portal Wilayahku, Shahida yang juga Pengerusi Pusat Pengurusan Krisis COVID-19 (CCMC) Wilayah Persekutuan bagaimanapun mengingatkan orang ramai khususnya warga kota untuk terus mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan.

Labuan dibuka di bawah program gelembung pelancongan mulai 16 September

Selain itu Shahidan turut memaklumkan yang Labuan pula akan dibuka semula di bawah program gelembung pelancongan mulai 16 September ini, sama seperti Pulau Langkawi, Kedah.

Labuan akan dibuka di bawah program gelembung pelancongan mulai 16 September Foto : Wilayahku

“Mulai 10 haribulan ini (10 September) Wilayah Persekutuan akan masuk ke Fasa Kedua. Labuan sama seperti Langkawi,” katanya dalam sidang akhbar hari ini selepas meninjau meninjau tapak dan hasil produk pertanian kebun bandar Hijrah Warrior di Taman Desa, Kuala Lumpur petang tadi.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.