fbpx
Now Reading
Lembah Klang Beralih Ke Fasa 2 Mulai 10 September, Pergerakan Antara Selangor, KL, Putrajaya Dibenarkan

Lembah Klang Beralih Ke Fasa 2 Mulai 10 September, Pergerakan Antara Selangor, KL, Putrajaya Dibenarkan

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Kerajaan hari ini bersetuju untuk membenarkan negeri-negeri di kawasan Lembah Klang iaitu Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya beralih ke Fasa 2 PPN bermula 10 September 2021.

Perkara itu diumumkan Perdana Menteri, Dato Seri Ismail Sabri menerusi satu kenyataan sebentar tadi.

Jelas beliau antara kelonggaran yang diberikan adalah sama dengan negeri-negeri lain yang sudah memasuki Fasa 2 terlebih dahulu iaitu :

1. Rentas daerah dibenarkan untuk individu yang lengkap dua dos.
2. Pasangan suami isteri jarak jauh yang lengakap vaksin dibenarkan untuk merentas negeri.
3. Ibu bapa yang sudah mendapat dua dos dibenarkan merentas negeri untuk berjumpa anak yang berusia di bawah 18 tahun.
4. Dine-in dibenarkan di premis mkanan untuk pelanggan lengkap 2 dos.
5. Aktiviti pelancongan hanya dibenarkan dalam negeri yang sama melibatkan penginapan di hotel dan homestay bagi individu yang lengkap dua dos.

Selain itu pergerakan rentas kawasan antara negeri di seluruh Lembah Klang merangkumi Selangor, W.P Kuala Lumpur, dan W.P Putrajaya kini turut dibenarkan bermula pada hari yang sama.

Dengan ini tiada lagi sekatan jalan raya membabitkan negeri di Lembah Klang.

Perkara tersebut turut dikongsikan Perdana Menteri di akaun instagramnya.

“Saya pasti ini adalah satu berita yang dinantikan terutamanya seluruh warga Lembah Klang yang telah memberi kerjasama dengan amat baik sekali.

“Dengan ini, kerajaan bersetuju memberi kebenaran kepada kawasan Lembah Klang untuk beralih ke Fasa 2” kata beliau.

“Pergerakan antara negeri Selangor, KL dan Putrajaya dibenarkan dan tiada sekatan jalan raya” tulis kenyatan itu lagi.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.